Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

James Dyson dianugerah Bintang Bakti Masyarakat atas sumbangan ekonomi

Jul 04, 2023 | 08:11 PM



Encik James Dyson, pengasas dan pengerusi pereka perkakas rumah Dyson, dinobat anugerah Bintang Bakti Masyarakat pada Selasa atas sumbangan ekonomi kepada Singapura.

Usahawan Britain berusia 76 tahun itu menerima anugerah tersebut daripada Presiden Halimah Yacob dalam satu majlis di Istana.

Encik Png Cheong Boon, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), berkata Encik Dyson telah membuat pelbagai sumbangan ketara kepada ekonomi negara ini.

Di bawah kepimpinannya, syarikat berbilang negara itu telah membangunkan pejabat sedunia dan loji pengeluaran utamanya di sini, sekali gus memperkukuhkan daya saing Singapura sebagai hab inovasi, pengeluaran termaju dan rantaian bekalan, kata Encik Png.

Kehadiran syarikat itu di Singapura telah berkembang daripada hanya 10 pekerja pada 2007 kepada lebih 1,400 kakitangan di serata ibu pejabat sedunianya, dan jabatan pengeluaran termaju serta penyelidikan dan pengembangannya (R&D), kata EDB.

Sehingga kini, Singapura memainkan peranan sebagai hab utama inovasi Dyson dan kegiatan pengeluaran termajunya.

Pasukan kepimpinan, jabatan global syaraikat itu seperti rantaian bekalan, pengeluaran, kewangan, Teknologi Maklumat (IT) dan pasukan runcitnya berpangkalan di sini.

Pasukan R&D syarikat itu di Singapura telah menyumbang kepada perekaan produk canggih seperti pelurus rambut Dyson Airstrait dan robot pembersih cerdik Dyson 360 Vis Nav.

Dalam satu catatan di Facebook, Presiden Halimah berkata beliau berbesar hati menyampaikan anugerah tersebut kepada Encik Dyson atas sumbangan besarnya terhadap kemajuan ekonomi Singapura dan dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di sini.

“Syarikat itu telah mengumumkan rancangan untuk membina loji bateri generasi lanjut tersendirinya di sini, menandakan pelaburan pengeluaran termaju paling ketara dalam sejarah Dyson,” katanya.

“Perkembangan Dyson di Singapura akan terus menyediakan peluang pekerjaan baru dan menarik bagi warga Singapura daripada bidang sofwe dan elektronik kepada AI (kecerdasan buatan) dan pembelajaran mesin,” kata Puan Halimah.

Pada 2022, Dyson telah mengongsi rancangannya untuk meluaskan pasukannya dengan menambah lagi 250 jurutera dan pakar sains. Pada awal 2023, ia mengumumkan akan membina loji pengeluaran bateri generasi lanjutnya di sini.

Encik Dyson berkata Singapura menghargai para jurutera dan syarikat teknologi yang membuat pelaburan bagi masa depan.

Beliau menambah, semangat negara ini sejajar dengan matlamat Dyson.

“Kami berbesar hati menerima anugerah berprestij ini. Ia menandakan kepintaran luar biasa pasukan Dyson di Singapura dan sokongan padu yang ia terima daripada Pemerintah Singapura, terutama daripada EDB,” katanya.

Dilancarkan EDB pada 1998, anugerah Bintang Bakti Masyarakat mengiktiraf para eksekutif kanan atas sumbangan luar biasa mereka kepada kemajuan ekonomi Singapura.

Seramai 47 para eksekutif perniagaan kanan dicalonkan EDB telah diiktiraf anugerah itu antara 1998 dengan 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >