Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jamiyah akan hentikan operasi Rumah Tumpangan Kanak-Kanak Darul Ma'wa

Penghuni sama ada telah disatukan kembali dengan keluarga, atau dipindahkan ke rumah kebajikan lain
Dec 11, 2021 | 05:30 AM



JAMIYAH Singapura akan menamatkan operasi Rumah Tumpangan Kanak-Kanak Darul Ma'wa mulai 14 Disember ini setelah mengendalikannya selama 28 tahun.



Semua penghuni sama ada telah disatukan kembali dengan keluarga mereka atau dipindahkan ke rumah kebajikan kanak-kanak yang lain.



Dalam satu kenyataan semalam, Jamiyah berkata ia akan menumpukan semula sumber untuk menyediakan perkhidmatan lebih holistik kepada keperluan kebajikan sosial terutama keluarga berpendapatan rendah dengan kanak-kanak yang masih ke sekolah.



"Dengan keperluan masyarakat dan landskap sosial yang kerap berubah, Jamiyah juga perlu menyesuaikan dasar dan operasinya.



"Ini tidak bermakna penjagaan dan perkhidmatan kami untuk keperluan kebajikan masyarakat berakhir.



"Dengan mengoptimumkan sumber yang digunakan untuk menguruskan Rumah Kanak-Kanak, Jamiyah kini akan dapat menghubungi dan menghulurkan bantuan kepada lebih ramai keluarga, termasuk anak yatim dan anak ibu bapa tunggal dalam masyarakat," kata Jamiyah.



Darul Ma'wa yang terletak di 15 Guillemard Crescent ialah kemudahan tempat tinggal kanak-kanak di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



Menurut kenyataan Jamiyah, penjagaan dan perkhidmatan terhadap kanak-kanak di rumah itu akan diteruskan tanpa gangguan dalam bentuk perkhidmatan berpusatkan keluarga yang berasaskan masyarakat.



Seorang jurucakap MSF mengesahkan kepada Berita Harian (BH) bahawa Darul Ma'wa akan menghentikan operasinya selepas tamat tempoh lesennya pada 14 Disember.



"Jamiyah Singapura telah memutuskan untuk menutup Rumah Tumpangan Kanak-Kanak (Darul Ma'wa) bagi memberi tumpuan untuk menangani keperluan masyarakat yang lain," kata jurucakap itu.



Mengulas lanjut, MSF berkata ia telah bekerjasama rapat dengan Darul Ma'wa untuk memastikan penjagaan penduduk kekal menjadi keutamaan dalam tempoh peralihan ini.



"Bergantung kepada keadaan mereka, semua penghuni sama ada telah disatukan kembali dengan keluarga mereka atau dipindahkan ke Rumah Kanak-Kanak yang lain.



"MSF menyokong hala tuju Jamiyah Singapura, yang sejajar dengan perubahan lebih besar dalam sektor penjagaan luar rumah, di mana lebih ramai kanak-kanak yang memerlukan penjagaan luar rumah ditempatkan dalam keluarga titipan," tambah MSF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >