Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jangkitan Covid-19 di sini kekal rendah: Ye Kung

Jan 27, 2023 | 08:00 PM



JANGKITAN Covid-19 di sini kekal stabil, dengan kes-kes baru kekal rendah sepanjang cuti Tahun Baru Cina, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, pada Jumaat (27 Jan).


Bilangan kes yang direkodkan setiap hari berada dalam “tiga digit rendah” pada hujung minggu, susut kepada hanya 78 kes pada Isnin lalu, katanya.


Beliau menarik perhatian bahawa bilangan kes jangkitan Covid-19 harian sekitar dua angka, namun akur ia mungkin disebabkan tempoh cuti umum.


Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan rumah jagaan NTUC Health Jurong Spring yang terletak di Jurong West Street 52 pada Jumaat.


Tahun ini merupakan sambutan Tahun Baru Cina yang pertama sejak sekatan wabak dilonggarkan secara berperingkat tahun lalu.


Menurut Encik Ong, lonjakan kes Covid-19 juga tidak berlaku pada hujung minggu Tahun Baru Cina, dengan kes-kes Covid-19 meningkat kepada sekitar 500 kes pada Khamis.


Beliau juga menarik perhatian bahawa jabatan kecemasan hospital-hospital setempat juga berupaya menampung kes Covid-19 dengan baik.


“Saya tahu kita tidak lagi meneliti perangkaan (Covid-19), tetapi sepanjang Tahun Baru Cina, saya lihat angka dan keadaan dengan teliti, dan saya rasa keadaan sudah semakin stabil,” kata Encik Ong.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >