Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Janin di temui di pantai Taman Pasir Ris, polis lakukan siasat

Dec 27, 2022 | 07:01 PM



SIASATAN sedang dijalankan selepas satu janin ditemui di Taman Pasir Ris Sabtu malam.(24 Dis)

Polis berkata pada Selasa (27 Dis), ia menerima satu panggilan pada malam Krismas pada 10.13 malam bahawa satu janin ditemui di pantai itu berdekatan Pit Barbeku 21.


Akhbar berbahasa Cina, Lianhe Zaobao, melaporkan seorang budak berusia 10 tahun telah menemui janin itu di bawah satu kepingan konkrit.

Budak lelaki itu, yang sedang berkhemah dengan keluarganya, memberitahu ibunya berkenaan janin itu yang kemudian menghubungi polis.


Seorang saksi memberitahu Lianhe Zaobao, sekitar 20 pegawai polis dan tujuh atau lapan kereta polis tiba di tempat kejadian dan mengepung tempat itu.

Mereka menyoal siasat beberapa saksi dan melakukan operasi pencarian di pantai itu sehingga sekitar 4 pagi Ahad (25 Dis), lapor akhbar  itu.


Ia adalah satu kesalahan untuk secara rahsia menanam dan membuang mayat seorang bayi untuk menyembunyikan  kelahiran anak, tidak kira bayi itu meninggal dunia ketika dalam kandungan atau sesudah dilahirkan.


Mereka yang didapati bersalah berbuat demikian boleh dijel sehingga dua tahun, didenda atau kedua-duanya.


Polis memohon agar sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kes tersebut menghubunginya menerusi talian 1800-255-0000 atau menghantarnya di laman www.police.gov.sg/iwitness

Semua maklumat akan dirahsiakan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >