Jasa Hawazi dan Zainudin dihargai

AP Melayu anjur jamuan khas bagi dua mantan AP yang bersara

ANGGOTA Parlimen (AP) Melayu merakam penghargaan mereka kepada dua mantan AP Melayu yang berundur daripada politik - Encik Hawazi Daipi dan Encik Zainudin Nordin - di jamuan tengah hari yang diadakan khas buat mereka semalam.

Meskipun Encik Hawazi dan Encik Zainudin kini tidak lagi bergiat dalam bidang politik, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, berkata mereka boleh terus menyumbang dalam banyak lagi bidang demi kebaikan masyarakat dan negara.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan