MASYARAKAT Melayu akan mula berasa tidak selesa jika beberapa Presiden negara ini tidak terdiri daripada orang Melayu, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong sambil menambah bahawa keadaan ini boleh difahami.
Begitu juga dengan masyarakat India Singapura yang juga akan berasa sedemikian rupa jika Singapura tidak mempunyai Presiden daripada keturunan India untuk masa yang lama selepas Encik S R Nathan.