Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jawatankuasa dilantik tangani isu insurans kesihatan

Jadi wadah utama MOH, doktor, syarikat insurans dan hospital tingkat insurans jagaan kesihatan SG
Apr 15, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah melantik sebuah jawatankuasa terdiri daripada 12 anggota daripada pemerintah, wakil pengguna, pembayar dan penyedia penjagaan kesihatan untuk sama-sama menangani isu berkaitan insurans kesihatan.



Pelantikan Jawatankuasa Insurans Penjagaan Kesihatan Berbilang Pihak (MHIC) itu berkuatkuasa pada 27 April.



Dalam kenyataannya semalam, MOH berkata MHIC itu akan menjadi wadah utama bagi kementerian itu, doktor, syarikat insurans dan hospital bekerjasama untuk meningkatkan sistem insurans penjagaan kesihatan Singapura.



Ia akan mengutamakan kepentingan pesakit dan umum dalam mengemukakan saranan bagi memastikan penjagaan kesihatan bermutu, selamat, menjimatkan kos dan berharga berpatutan buat warga Singapura.



Ia akan menyarankan penambahbaikan bagi menguruskan peningkatan kos penjagaan kesihatan dalam sistem insurans penjagaan kesihatan sekarang.



Jawatankuasan itu juga akan membimbing pembentukan wadah-wadah untuk menangani aduan dan pertikaian yang timbul daripada tuntutan insurans penjagaan kesihatan, kata MOH.



MHIC terdiri daripada wakil daripada Akademi Perubatan, Singapura (AMS), Persatuan Pengguna Singapura (CASE), Jawatankuasa Penasihat Tanda Aras Bayaran (FBAC), Persatuan Insurans Hayat (LIA), Persatuan Perubatan Singapura (SMA) dan hospital swasta.



Ia dipengerusikan bersama oleh Timbalan Setiausaha (Dasar) MOH, Cik Ngiam Siew Ying, dan Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perubatan (Kumpulan Prestasi Kesihatan), Dr Daphne Khoo.



"Pelibatan AMS, FBAC, LIA, SMA dan hospital swasta dalam jawatankuasa itu memberi peluang kepada pihak berkepentingan bekerjasama ke arah mencapai matlamat bersama MHIC, dan menjadi duta untuk keputusan yang diambil oleh MHIC.



"Penyertaan CASE juga akan membantu mewakili dan menegakkan kepentingan pemegang polisi," kata MOH.



MHIC adalah lanjutan kepada Jawatankuasa Pro-Tem yang ditubuhkan Oktober lalu antara AMS, LIA dan SMA untuk memudahkan perbincangan berkaitan Pelan Perlindungan Bersepadu (IP).



Sejak ditubuhkan, Jawatankuasa Pro-Tem itu telah membuat kemajuan dalam hal seperti meningkatkan pendidikan pengguna mengenai IP, memperbaiki saiz panel dan mempermudah penetapan bayaran panel untuk berada dalam Tanda Aras Bayaran MOH.



MHIC akan meneruskan kerja Jawatankuasa Pro-Tem, dan akan memberi tumpuan pada bidang keutamaan penting termasuk penambahbaikan kepada proses prakebenaran tuntutan untuk rawatan.



Maklumat lebih lanjut mengenai saranan MHIC akan dikeluarkan kelak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >