Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jawatankuasa Fatwa baru dilantik Muis

Lantikan seorang anggota penuh baru, tujuh anggota bersekutu baru
Jan 27, 2023 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) telah melantik Jawatankuasa Fatwa baru, dengan satu lantikan baru sebagai anggota penuh dan tujuh lantikan baru sebagai anggota bersekutu jawatankuasa itu.



Pelantikan anggota baru merupakan sebahagian usaha berterusan Muis membentuk generasi asatizah seterusnya, sedang mereka menyumbang pandangan, yang difikirkan dan dikaji, dalam fatwa mengenai isu sosio-agama kontemporari rumit, kata Muis dalam satu kenyataannya semalam.



Ustaz Dr Firdaus Yahya dilantik sebagai anggota penuh jawatankuasa itu, menggantikan Ustaz Haji Ali Mohammad.



Ustaz Firdaus pernah berkhidmat sebagai anggota penuh pada penggal 2016 hingga 2019 dan anggota bersekutu bagi penggal terakhir, iaitu 2019 hingga 2022.



Ustaz Haji Ali akan berkhidmat sebagai anggota bersekutu kanan Jawatankuasa Fatwa bagi penggal baru.



Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir, dan empat anggota penuhnya akan disokong 24 anggota bersekutu dalam jawatankuasa itu.



Selain Ustaz Dr Firdaus, anggota penuh lain ialah Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, Ustaz Fathurrahman Dawoed dan Ustazah Dr Rohana Ithnin.



Dalam kalangan 24 anggota bersekutu itu, terdapat tujuh ahli baru yang kepakarannya termasuk bidang penyelidikan, pembangunan kurikulum dan pemantauan pertubuhan kebajikan sosial, kata Muis.



Dalam ucapannya di majlis penghargaan dan pelantikan yang diadakan baru-baru ini, Dr Nazirudin mengiktiraf sumbangan besar Jawatankuasa Fatwa sebelum ini.



Beliau akur bahawa pandemik Covid-19 telah mencabar kesediaan Jawatankuasa Fatwa memimpin dan berfikir di luar zon keselesaan, dan pada masa sama, mengeluarkan bimbingan keagamaan yang membawa harapan serta arah dalam kehidupan agama masyarakat Islam.



Dr Nazirudin melahirkan penghargaannya kepada jawatankuasa tersebut kerana sumbangan mereka mendapat pengiktirafan tahun lalu menerusi Anugerah Imam Al-Qarafi bagi Kecemerlangan dalam bidang Fatwa, yang diberikan oleh Sekretariat Agung bagi Penguasa Fatwa Sedunia, yang diketuai oleh penguasa fatwa Mesir.



Bergerak ke depan, Dr Nazirudin menggalak jawatankuasa baru mengambil iktibar daripada cara Covid-19 ditangani sedang mereka memulakan penggal baru.



Beliau berkata dalam menyediakan bimbingan bagi isu semasa dan masa depan, perlu untuk ada pengamalan baru bagi tradisi Islam terhadap isu kontemporari.



"Jawatankuasa ini juga patut mempertimbangkan mengenai pertimbangan moral dan etika dan melihat pada kesan jangka panjang.



"Pendekatan ini akan semakin memperkasa jawatankuasa ini untuk mengeluarkan fatwa yang inovatif, progresif dan bersesuaian dengan konteks bagi masyarakat Muslim untuk menjalani kehidupan keagamaan mereka dengan yakin," kata Muis, yang berkongsi isi ucapan Mufti.



Penggal tiga tahun Jawatankuasa Fatwa bermula pada 23 September lalu dan akan berakhir pada 6 Ogos 2025.




Lantikan baru Jawatankuasa Fatwa 



ANGGOTA PENUH BARU DILANTIK



- Ustaz Dr Firdaus Yahya

Pengurus, Pusat Pengajian Darul Huffaz



ANGGOTA BERSEKUTU BARU DILANTIK



- Ustaz Nor Razak Bakar

Pendaftar, Pejabat Pendaftar Pernikahan Orang Islam (ROMM)



- Ustazah Raihanah Halid

Presiden, Mahkamah Syariah



- Ustaz Dr Afif Pasuni

Pengurus, Pembangunan Kurikulum Madrasah (Muis)



- Ustaz Muhammad Azri Azman

Presiden, Persatuan Muhammadiyah



- Ustazah Nur Khadijah Ramli

Pengurus Sumber Pendidikan, Iqra' Asia Pte Ltd



- Ustazah Nur Hafiza Roslee

Eksekutif Kanan, Pejabat Mufti (Pejabat Penyelidikan) (Muis)



- Ustaz Dr Izal Mustafa Kamar

Penolong Pengarah Kanan, Pejabat Mufti (Dasar Keagamaan)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >