Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jawatankuasa Hak Istimewa selesai siasatan teliti terhadap Raeesah Khan, akan bentang dapatan dalam masa terdekat: Speaker

Jan 04, 2022 | 07:17 PM



JAWATANKUASA Hak Istimewa (COP) Parlimen telah menyiasat dengan teliti aduan terhadap bekas ahli parlimen Parti Pekerja (WP) Raeesah Khan yang didakwa berbohong dalam Dewan, dan akan membentangkan dapatan dan cadangannya dalam masa terdekat, kata Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin.



Beliau menambah bahawa COP memandang serius semua aduan formal dan mempunyai tanggungjawab untuk menyiasat aduan sedemikian untuk menegakkan kesucian dan integriti keistimewaan Parlimen.


Beliau membuat kenyataan itu pada Isnin (3 Jan) dalam catatan blognya.



COP telah mengadakan pembicaraan sejak Disember lalu untuk memeriksa kelakuan Cik Raeesah setelah beliau mengaku berbohong di Parlimen pada 3 Ogos 2021.



Encik Tan mengingatkan anggota parlimen (AP) bahawa keistimewaan parlimen membolehkan mereka berbual dengan bebas dan jujur di dalam Dewan tanpa rasa takut akan akibat undang-undang, namun "tanggungjawab juga terletak pada setiap AP untuk melaksanakan usaha wajar dan tanggungjawab walaupun kita menggunakan keistimewaan ini".



“Kenyataan yang dibuat mestilah berdasarkan fakta atau maklumat yang kukuh,” katanya.


"Aduan baru-baru ini yang kami lihat... adalah peringatan penting bahawa AP tidak boleh menyalahgunakan imuniti dan keistimewaan yang diberikan kepada mereka dengan sengaja," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >