Jaya atasi 'saingan' ke sekolah perubatan

4 Melayu-Islam pertama masuk fakulti perubatan NTU

EMPAT daripada 90 pelajar perubatan generasi ketiga Sekolah Perubatan Lee Kong Chian (LKCMedicine) di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) tahun ini merupakan kumpulan pelajar Melayu-Islam yang pertama di Singapura.

Mereka menjalani pemilihan ketat. Daripada 800 pemohon, 350 dipilih selepas lulus peperiksaan BioMedical Admissions Test (BMAT) dengan cemerlang dan akhirnya 90 pelajar dipilih selepas menjalani interviu dengan panel terdiri daripada beberapa profesor perubatan.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan