Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Jaya dapat kerja lepas dapatkan bantuan WSG

Sekarang masa sukar bagi pencari kerja, namun sokongan tersedia
Dec 19, 2020 | 05:30 AM



MENDENGAR khabar sedih tentang dua rakan dan adiknya sendiri menghidapi barah membuat Cik Intan Adam memikirkan semula tujuan dan impian dalam kehidupannya.



Akhirnya setelah bekerja lebih 20 tahun dalam sektor perkilangan, beliau memutuskan berhenti kerja sebagai pengurus sumber manusia (HR) dan pentadbiran pada Februari 2018 - demi memenuhi impiannya menjelajah seluruh dunia.



"Berdasarkan statistik, satu dalam empat orang di Singapura mungkin menghidapi barah dalam hayat mereka. Saya berfikir sendiri, apa akan berlaku sekiranya satu hari nanti saya menghidapi penyakit kronik dan tidak dapat melakukan apa-apa?



"Oleh itu, saya memutuskan mengejar impian saya dan menjelajah dunia," kata beliau.



Beliau kemudian mengembara ke 14 negara, termasuk India, Turkey, Italy dan Greece.



Sekembali ke Singapura, Cik Intan, 47 tahun, berusaha memasuki semula alam pekerjaan dan mencari pekerjaan baru. Namun, ia tidak semudah yang disangkanya.



Selama lapan bulan, beliau menghantar sekitar 80 resume menerusi beberapa laman pekerjaan tetapi tidak mendapatkan sebarang respons.



Malah, beliau merendahkan jangkaannya dan mencari pekerjaan dalam sektor dan peranan berbeza.



"Dengan perbelanjaan yang perlu dibayar dan tiada pendapatan, simpanan saya boleh lesap dalam beberapa bulan atau tahun. Saya perlu sewakan bilik saya. Saya rasa saya telah gagal, dan mula rasa bimbang dan gelisah," kata beliau.



Akhirnya tahun lalu, Cik Intan mendapatkan bantuan daripada Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan dirujuk kepada penyedia pemadanan kerjaya mereka, Ingeus.



Beliau dibimbing seorang pembimbing kerjaya dalam pencarian kerja, termasuk mempertingkat resume dan profil dalam taliannya di laman MyCareersFuture.



Beberapa bulan kemudian, sesuatu mengejutkan berlaku - seorang majikan menemui profil Cik Intan di MyCareersFuture dan terus tertarik pada pengalaman dan kemahirannya.



Hampir serta-merta, Cik Intan mendapat tawaran kerja sebagai pengurus HR dan pentadbiran di WEDA StudioInc.



"Bos saya, Encik Wilson Neo, membaca resume saya dan tertarik pada pengalaman dan keupayaan kepimpinan, kebolehan membina hubungan sesama manusia, dan pemikiran kritikal saya.



"Apabila beliau menghantar mesej teks pada pagi 30 April, saya fikir ia satu penipuan, jadi saya tidak membalasnya.



"Beliau mesej lagi pada lewat petang dan bertanya apakah beliau boleh menghubungi saya untuk temu duga melalui telefon. Apabila beliau menghubungi saya, saya rasa gementar dan gembira.



"Pada hari Isnin, saya pergi temu duga kerja secara bersemuka dan ditawarkan memulakan pekerjaan esoknya," kata beliau.



Walaupun baru menyertai WEDA Mei lalu, Cik Intan sudah menjalankan beberapa projek dengan baik di tempat kerjanya.



Misalnya, beliau terlibat dalam pembentukan perniagaan baru, Greyline Solution, yang mengendalikan tempat penginapan yang dibuat daripada kontena, dan bertanggungjawab bagi pengrekrutan tiga lulusan baru di bawah Program Pelatih SGUnited.



Cik Intan berkata syarikatnya memupuk persekitaran kerja selesa dan positif, dan sentiasa menggalak kerjasama dan komunikasi sesama rakan kerja.



Nasihat beliau kepada individu yang sedang menghadapi cabaran mencari pekerjaan ialah jangan berputus asa.



"Kita akan rasa letih kerana tidak mendapat respons atau mendapat e-mel yang memberitahu bahawa permohonan kita ditolak, dan kita akan rasa gagal. Namun, ini bukan perkara terburuk yang boleh berlaku. Jangan putus asa.



"Pemohon kerja sedang menghadapi masa sukar sekarang, tetapi terdapat sokongan yang tersedia. Anda juga boleh mendekati WSG untuk dapatkan bantuan," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >