Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31

'Jejak Geylang Serai' tarik generasi muda hargai warisan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

'Jejak Geylang Serai' tarik generasi muda hargai warisan

Dec 12, 2021 | 10:06 PM

JEJAK Geylang Serai yang baru dilancarkan pada Ahad (12 Disember) diharap agar dapat menarik generasi muda untuk melawat kawasan Geylang Serai dan menghargai budaya serta warisan di sebalik kawasan itu.

Ini bertujuan menghidupkan visi menjadikan kawasan tersebut jalur budaya yang unik, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr. Mohamad Maliki Osman.

Dr. Maliki, yang juga pengerusi jalur budaya Geylang Serai, telah melancarkan jejak tersebut pada Ahad di Wisma Geylang Serai (WGS).

Beliau turut melawat beberapa kedai yang merupakan sebahagian daripada jejak tersebut seperti kedai buku Haji Hashim, toko buku tertua di Singapura, serta gerai Geylang Serai Chee Kong di pusat makan pasar Geylang Serai.

“Salah satu tujuan kita ialah untuk menarik lebih ramai generasi muda untuk datang ke Geylang Serai untuk menghargai warisan Geylang Serai supaya kita dapat terus menyemarakkan visi mencapai satu presint budaya yang unik dan ‘hidup’ yang dapat dihargai setiap lapisan masyarakat,” ujar Dr. Maliki.

Jejak tersebut merupakan inisiatif hasil kerjasama WGS dengan syarikat teater bukan mencari keuntungan yang diasaskan belia, The Second Breakfast Company .

Teater ini memaparkan kisah-kisah tempat menarik di sekitar WGS, Pasar Geylang Serai, Joo Chiat Complex, Haig Road dan Onan Road. Buat masa ini, lima kedai terpilih ditonjolkan dalam jejak baru itu – Fotohi Carpet Gallery di Tanjong Katong Complex; Geylang Serai Chee Kong di pasar Geylang Serai; Haji Hashim Enterprise di Joo Chiat Complex; Kway Guan Huat Joo Chiat Popiah di Joo Chiat Road; dan Indian Muslim Bakery & Confectionary di Onan Road.

Gerai-gerai ini mempunyai sejarah berbilang generasi di kawasan jalur budaya itu yang masih mampu kekal sehingga hari ini.

Melalui ‘sandiwara radio’ hasil pengarang drama setempat, para peserta dapat mendengar dan memahami sejarah tempat-tempat ini serta cabaran yang dilalui generasi berbeza dalam menghidupkan perniagaan turun-temurun mereka.

Untuk mendengar kisah-kisah itu, peserta hanya perlu mengimbas kod QR yang tersedia di gerai-gerai tersebut.

Dr. Maliki turut merasmikan pembukaan pameran SeniKita di Kamal Arts Gallery di aras 4 WGS. Pameran tersebut yang akan berlangsung dari 11 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022, 10 pagi hingga 6 petang, memaparkan karya seni hasil seniman Melayu setempat berusia antara 16 dengan 77 tahun.

Bertujuan menyediakan platform bagi seniman baru memaparkan karya mereka, SeniKita juga mahu memastikan orang ramai mempunyai akses percuma kepada pameran seni awam dan menggalak mereka mempunyai penghargaan lebih mendalam terhadap seni.

Dr. Maliki juga menyampaikan anugerah kepada pemenang dan tempat kedua bagi kategori ‘Best of Show’ dan pemenang kategori ‘Promising Artist’.

Karya-karya mereka dipilih daripada sebanyak 53 karya hasil 40 seniman yang dihantar sepanjang tempoh 4 September dengan 12 November lalu.

Orang ramai boleh mengunjungi pameran percuma itu dan membeli karya seni hasil seniman Melayu setempat yang dipaparkan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3