Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jem dan Westgate ditutup selama 2 minggu dari 23 Mei; 10 kes Covid-19 dikaitkan dengan dua pusat membeli-belah itu

May 23, 2021 | 07:24 AM



JEM dan Westgate akan ditutup mulai Ahad (23 Mei) selama dua minggu bagi tujuan pembersihan menyeluruh setelah siasatan mendapati terdapat kemungkinan penularan Covid-19 berterusan dalam kalangan pengunjung ke dua pusat membeli-belah di Jurong East itu.

Penutupan itu bertujuan memutuskan potensi rantaian jangkitan dan membolehkan pembersihan premis secara menyeluruh, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu malam (22 Mei).

Dua pusat beli-belah itu akan dibuka semula pada 6 Jun. 

Orang ramai masih boleh pergi ke Hospital Besar Ng Teng Fong melalui Westgate dan menara pejabat di premis itu akan tetap dibuka.

MOH menyatakan terdapat 10 kes baru yang berkaitan dengan pusat membeli-belah itu, di mana empat daripadanya dikesan semasa operasi ujian, yang masih dijalankan.

Tiga daripada tujuh kes yang tidak terkait yang diumumkan Sabtu telah ke Westgate baru-baru ini.

Secara keseluruhan, terdapat 22 kes baru Covid-19 yang menular secara tempatan, dengan 15 ada kaitan dengan kes sebelumnya. Antaranya, 12 telah ditempatkan di bawah kuarantin. Tidak ada kes baru di asrama pekerja.

– Dua pelajar Politeknik Singapura (SP) berusia 19 tahun adalah antara kes masyarakat baru, menambah kepada empat kes SP yang diumumkan sebelum ini.

– Kes yang ada kaitan termasuk lelaki Malaysia berusia 24 tahun yang bekerja sebagai penghantar barangan bagi  IVIC Logistic dan restoran McDonald’s di Kelab Masyarakat Pasir Ris Elias.  Kini terdapat sejumlah tiga penghantar makanan McDonald’s yang positif.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >