Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jemaah diajak terus 'hadirkan' solat Jumaat dalam hati dan minda

Aug 19, 2021 | 05:30 AM



MESKIPUN solat Jumaat harus dilaksanakan dengan bertanggungjawab, jemaah tidak harus rasa tawar hati jika mereka tidak mendapat slot di masjid, dan memastikan solat Jumaat terus hadir dalam kesedaran hati dan minda mereka, kata Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan.



Masjid-masjid di Singapura bersiap sedia mengalu-alukan kedatangan lebih ramai jemaah esok sedang lebih banyak ruang ditawarkan bagi solat Jumaat.



Menulis di Facebook semalam, Ustaz Dr Hannan berkata kewajipan solat Jumaat merupakan antara ujian awal yang dihadapi masyarakat Islam di sini ketika negara ini dilanda pandemik Covid-19, dengan masjid perlu menangguhkan ibadah itu demi menjaga nyawa.



Namun, dengan keadaan yang bertambah baik, masjid kemudian dapat membuka semula ruang solat secara bertahap-tahap dan bertanggungjawab.



Ustaz Dr Hannan melahirkan rasa syukur bahawa individu dan masyarakat Islam dapat kekal sabar, berdaya tahan dan istiqamah dalam melaksanakan langkah-langkah keselamatan.



"Memang penting kita juga terus istiqamah memastikan bahawa kewajipan Jumaat tidak luput daripada kesedaran kita, daripada hati dan minda kita, selagi kita mampu melaksanakannya dengan bertanggungjawab.



"Ayuh kita pastikan solat Jumaat terus hadir dalam kesedaran hati dan minda kita. Kita terus usaha untuk mendapatkan tempat.



"Tetapi jika tidak dapat, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Mengasihani, dan Maha Pengampun," katanya, sambil menambah bahawa masih ada lagi ruang solat Jumaat yang boleh ditempah individu.



Orang ramai yang ingin membuat pendaftaran bagi slot solat Jumaat esok dan 27 Ogos boleh melakukannya menerusi laman https://ourmosques.commonspaces.sg atau melalui aplikasi Muslim.sg.




BUTIRAN PENDAFTARAN SOLAT JUMAAT BAGI 20 DAN 27 OGOS



  • Pendaftaran boleh dibuat di laman https://ourmosques.commonspaces.sg atau melalui aplikasi Muslim.sg.

  • Sesiapa saja boleh mendaftar asalkan individu itu tidak mendapat slot pada 6 Ogos atau 13 Ogos.

  • Mulai esok, terdapat 37 Masjid Lebih Selamat bagi jemaah yang telah lengkap vaksinasi mereka. Masjid-masjid ini akan tawar antara dua dengan tujuh zon ruang solat.

  • Semua 29 masjid lain akan terus tawarkan satu zon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >