Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 360 jemaah haji tambahan daftar dengan GSA sejauh ini

Jun 23, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 362 jemaah haji tambahan telah mendaftar dengan tiga ejen penjualan sejauh ini selepas Singapura diberikan peruntukan tambahan kuota haji bagi tahun ini.



Berita Harian (BH) difahamkan Arab Saudi telah menawarkan tambahan 493 tempat jemaah haji, di samping kuota asal, sebanyak 407 tempat - sekali gus membawa kepada kuota asal rasmi tahunan untuk Singapura, iaitu 900 tempat.



Isnin lalu, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengumumkan bahawa Arab Saudi telah memberi kuota tambahan bagi musim haji 2022.



Namun apabila diminta perangkaan sebenar jumlah tambahan itu, Muis berkata ia akan diumumkan tidak lama lagi.



Daripada dua Ejen Penjualan Individu (IGSA) dan dua GSA Konsortium (CGSA) dilantik, hanya Halijah Travels - yang merupakan IGSA - memutuskan untuk tidak membuat pendaftaran tambahan jemaah.



Jemaah haji tambahan: Ada GSA terima, yang lain akur ada cabaran



Satu lagi IGSA, Shahidah Travel & Tours, telah menerima tempahan lagi sekitar 100 jemaah hingga semalam.



Dua CGSA, yang diketuai Jalaluddin Travel & Services dan TM Fouzy Travel & Tours selaku ejen utama, masing-masing menerima tambahan lebih 100 jemaah dan 162 jemaah.



Semasa ditinjau semalam, ketiga-tiga GSA itu masih menerima pertanyaan mengenai pendaftaran haji dan pejabat mereka terus menerima kunjungan pelanggan yang bertali arus sejak pagi.



Pemilik TM Fouzy, Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat, berkongsi bahawa pejabatnya mula reda sedikit sejak lewat tengah hari semalam.



"Mereka yang baru menerima surat makluman daripada Muis telah datang ke pejabat kami untuk membuat pendaftaran dan memang sibuk pejabat kami sejak pagi lagi.



"Keadaan di pejabat sudah mula reda, kalau dibandingkan dengan kelmarin apabila bakal jemaah yang datang memang ramai hingga terpaksa beratur di luar pejabat," ujar beliau, yang juga presiden Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas).



Jemaah Singapura yang bakal berangkat telah membeli daripada 10 pakej haji yang ditawarkan oleh dua IGSA dan dua CGSA.



Konsortium yang diketuai TM Fouzy terdiri daripada Hamidah Travel & Tours dan Hahnemann Travel & Tours, manakala konsortium pimpinan Jalaluddin Travel & Services meliputi Hagel Travel & Tours dan Noor Mohamad Services & Travel.



Apabila ditanya apakah beliau yakin ejen penjualan dapat memenuhi kuota tambahan sepenuhnya dalam waktu singkat, Ustaz TM Fouzy berkata:



"Sama-sama kita berdoa agar dapat melakukan yang terbaik. Kita sedang cuba sedaya yang mampu untuk membantu jemaah yang boleh dan mampu untuk menunaikan haji."



Sementara itu, beberapa faktor telah menjadi pertimbangan pihak agensi dalam memenuhi kuota tambahan.



Ini termasuk adanya penerbangan dan bilik hotel serta kesediaan rohani, fizikal dan mental jemaah.



Disebabkan faktor-faktor ini, syarikat Halijah Travels memutuskan tidak mengambil jemaah tambahan, menurut Pengurus Besarnya, Encik Haffidz Abdul Hamid.



"Pertama sekali, kami berasa masa terlalu suntuk dan khuatir ia boleh menimbulkan cabaran perjalanan dan operasi untuk jemaah.



"Ini seperti penerbangan yang terbatas dan kalau ada pun, terlalu hampir dengan hari wuquf.



"Kami juga dapati tempahan saat akhir seperti ini boleh memberi tekanan kepada jemaah yang belum siap secara mental, rohani mahupun fizikal, dan ini akan menjejas ibadah mereka di sana nanti.



"Ada yang kami dapati belum menjalani kursus haji pun.



"Kami percaya persiapan dan perjalanan untuk ibadah haji ini harus dilakukan dengan selesa dan tenang agar ibadah yang akan ditunaikan nanti juga sempurna," ujar beliau.



Encik Haffidz juga berkata keprihatinan tentang keadaan pandemik Covid-19 yang belum menentu turut memainkan peranan dalam keputusannya.



Akur tentang cabaran menambah jumlah jemaah dalam masa singkat, Ustaz TM Fouzy berkata pihaknya telah bekerjasama dengan syarikat penerbangan Saudia untuk menyediakan sebuah penerbangan tambahan bagi membawa jemaah tambahan.



"Kami telah dapat bekerjasama dan menguruskan dengan Saudia untuk menambah satu penerbangan tambahan bagi perjalanan haji.



"Satu pesawat ini boleh membawa lebih 300 penumpang, dan kami akan buka penerbangan ini untuk semua ejen penjualan yang memerlukan," ujar beliau, yang enggan mendedahkan tarikh penerbangan pesawat tambahan itu.



Kumpulan pertama jemaah haji Singapura dijadualkan berangkat Sabtu ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >