SEKUMPULAN jemaah haji Singapura yang dalam perjalanan pulang dari Arab Saudi ke tanah air terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam setelah pesawat mereka dipercayai mengalami masalah teknikal.
Namun begitu, syarikat penerbangan pesawat itu, Saudia Airlines, telah menguruskan penumpang yang terjejas dan menempatkan mereka di The Saujana Hotel Kuala Lumpur, memberikan para jemaah peluang berehat selepas menunaikan ibadah haji.
Sehingga 4 petang hari ini, Berita Harian dimaklumkan kumpulan jemaah itu masih lagi berada di sana menantikan arahan selanjutnya.
Antara penumpang pesawat itu ialah Pengasas TM Fouzy Travels & Tours, Ustaz Tengku Mohd Fouzy Tengku Mahid Jumat, yang berkata terdapat sekitar 270 jemaah haji Singapura yang terjejas.
“Alhamdulillah, pihak syarikat penerbangan menguruskan kami dengan baik. Mereka menempatkan kami di hotel ini. Jemaah semuanya gembira. Pemandangannya cantik, cuacanya baik.
“Mereka ada beri maklumat terkini sekitar 12 tengah hari tadi dan menyuruh kita bersabar dan tunggu di hotel buat masa ini,” kata beliau.
Pesawat itu telah berlepas dari Jeddah pada hari Jumaat dan tiba di KLIA semalam pada sekitar 1 petang. Pesawat itu sepatutnya berangkat ke Singapura sejam kemudian.
Selepas sedekad menyepi daripada penerbitan program televisyen, pasangan suami isteri yang juga pengasas bersama syarikat Screenbox, Encik Sujimy Mohamad dan Cik Haslinda Ali, kembali beraksi dengan
Seiring peningkatan usia, perubahan daripada aspek kesihatan jasmani, mental dan keupayaan diri akan berlaku.
Keupayaan memahami dan berkomunikasi akan berkurangan.
Oleh itu, adalah penting untuk
Penuaan adalah proses semula jadi yang melibatkan perubahan jasmani, mental, dan emosi yang berlaku seiring perjalanan masa.
Ia merupakan titik penting dalam kehidupan manusia dan memerlukan pemahaman
Dengan rambut palsu berwarna biru berserta solekan wajah fantasi menggayakan watak Aomine Daiki daripada anime bertajuk Kuroko no Basuke, beliau merayau-rayau sambil meneroka keindahan Jepun, negara
Hanya dengan menggunakan suara emasnya, wartawan penyiar ikonik era 1970-an hingga lewat 2000-an, Rashid Sulaiman, bagaikan membawa pendengar radio ‘terbang jauh’ ke padang bola sepak di seberang
Ada banyak kebetulan yang berlaku dalam hidup Pengarah Muzik Warna 942, Elfie Rafiee, yang sebenarnya membuka pintu rezekinya dan orang lain.
Elfie, 45 tahun, ditawarkan tugas sebagai deejay sambilan
Memulihkan diri dan menyahtoksin.
Itulah yang mungkin terlintas di fikiran tatkala menyebut tentang mata air panas yang menggelegak mahupun mandian terma.
Sedang rawatan ini merupakan langkah besar
Kerana nila setitik, susu sebelanga rosak.
Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis terpalit.
Dua peribahasa ini mula kerap digunakan warganet dan selebriti sejak akhir-akhir ini, merujuk pada
Di tengah-tengah kegiatan sehari-hari di Jalan Kayu, yang terkenal dengan deretan kedai perata dan restoran terjangkau harga makanannya, berdiri dengan megah kafe The Apricus Coffee & Food Co.
Kafe
Selepas lama mendiamkan diri dan ‘hilang’ daripada radar media, penyanyi dan pelakon asal Singapura, Aliff Aziz, akhirnya bersuara tentang rentetan kontroversi tidak berkesudahan yang melanda hidupnya