Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jemaah, pelawat ke Saudi boleh tempah visa, rancang jadual di platform bersepadu Nusuk

Mar 02, 2023 | 05:30 AM



JEMAAH haji serta umrah dan pelancong ke Arab Saudi akan dapat menempah visa, penerbangan, hotel dan merancang jadual mereka ke Saudi melalui satu e-platform bersepadu, Nusuk (www.nusuk.sa).



Nusuk, yang dimulakan sejak Oktober 2022, dilancarkan secara rasmi dalam satu sesi meja bulat di Hotel Ritz Carlton pada Rabu.



Ia ialah satu inisiatif Program Pengalaman Pilgrim Wawasan 2030 yang diumumkan semasa sesi tersebut.



Nusuk akan memperluaskan rangkaian pilihan dan meningkatkan pengalaman keseluruhan untuk pelancong yang melawat Saudi, di samping membolehkan prosedur ketibaan yang lebih mudah untuk jemaah menunaikan Umrah.



Turut menghadiri sesi itu ialah Menteri Haji dan Umrah Saudi, Dr Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah.



"Sedang kami membuka pintu kita untuk menyambut kembali kumpulan jemaah haji terbesar dari seluruh dunia ke Saudi selepas pandemik, kami berharap dapat menyediakan pengalaman tempahan yang memperkayakan dan lancar," kata Dr Al-Rabiah.



Semasa sesi itu juga, pihak berkuasa pelancongan Saudi (STA) mengumumkan dua inisiatif utama iaitu pakej Umrah+ yang dipertingkatkan dan visa persinggahan.



Pakej Umrah+ yang dipertingkatkan itu direka untuk membolehkan pelancong mengenali Saudi sebagai destinasi percutian yang hebat dengan tawaran budaya dan sejarah yang kaya, alam semula jadi yang bersih dan landskap yang pelbagai.



Saudi merupakan rumah kepada enam tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) dan lebih 10,000 tapak arkeologi yang sedang menanti untuk diterokai.



Menerusi Nusuk, pelancong dapat menempah pakej tawaran untuk menerokai Saudi.



Sebanyak lima agensi khidmat haji dan umrah di Singapura telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama STA untuk bekerjasama dalam mempromosikan Saudi selain pakej umrah yang sedia ada.



Bagi inisiatif visa persinggahan pula, pelancong dapat mengalami singgah di Saudi sehingga 96 jam dan menikmati penginapan hotel satu malam percuma.



Presiden Nusuk (APAC), Encik Alhasan Aldabbagh, berkata: "Singapura sudah menjadi pasaran strategik bagi Saudi yang mempunyai hubungan lebih memperdalam rakan kongsi dan kami komited melabur dan bekerja rapat dengan pemain setempat bagi memastikan pengalaman relevan dan menarik kepada pasaran Singapura.



"Tahun lalu, pelancong Singapura melebihi 12 peratus daripada jumlah pelawat 2019 dan tahun ini kami menyasarkan untuk mengalu-alukan lebih 60,000 pelawat Singapura."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >