Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Jemaah S'pura mula tempah ruang solat tarawih

Apr 10, 2021 | 09:00 PM

MUSLIM di Singapura mula membuat tempahan bagi mendirikan solat tarawih bulan Ramadan ini, mulai 9 malam ini (Sabtu, 10 April).

Majlis Ugama Islam Singapura dalam kenyataannya pada 8 April lalu berkata proses tempahan itu akan dilakukan secara bertahap berdasarkan tiga jadual atau tempoh tempahan.

Setiap tempoh tempahan menawarkan tempat solat tarawih bagi setiap 10 malam dan jemaah dibolehkan menempah sekurang-kurangnya satu tempat solat dalam setiap jadual tersebut.

Jemaah boleh buat tempahan lagi jika ada baki tempat. Tempahan bagi slot baki yang belum diambil (bagi 2 hingga 10 Ramadan) akan dibuka pada Isnin (12 April, 1 Ramadan) selepas 9 malam.

Tempahan ruang tarawih bagi 11 hingga 20 Ramadan akan dibuka pada 20 April, manakala tempahan bagi 21 hingga 30 Ramadan akan dibuka pada 30 April.

Tempahan tempat solat boleh dilakukan menerusi pautan https://ourmosques.commonspaces.sg/ atau aplikasi Muslim.Sg.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3