Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jerebu rentas sempadan bukan isu lagi: Menteri Indonesia

Jun 06, 2023 | 05:13 PM



JEREBU rentas sempadan yang datang dari Indonesia tidak akan menjadi isu lagi, walaupun di tengah-tengah musim El Nino yang lebih panas dan lebih kering, kerana negara itu sudah bersedia menghadapinya, kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Encik Luhut Binsar Pandjaitan.

Beliau berkata pihak berkuasa sedang berusaha menggunakan teknologi pengubahsuaian iklim bagi menghasilkan hujan buatan dan mengukuhkan simpanan air, yang boleh membantu mencegah kebakaran tanah gambut.

Encik Luhut berkata demikian kepada wartawan di luar persidangan Minggu Ecosperity di Singapura pada Selasa, ketika menjawab soalan sama ada warga Singapura perlu bimbang tentang kemungkinan jerebu.

Encik Luhut, yang bertanggungjawab menguruskan jerebu pada 2016, berkata masalah tersebut telah berkurangan sejak itu, lapor The Straits Times.


Mutu udara pada masa itu merosot ke tahap berbahaya akibat bilangan zarah bawaan udara yang berlebihan ekoran pembakaran ladang kelapa sawit di Sumatera dan Kalimantan yang menyebabkan kebakaran hutan.

Cuaca panas dan kering yang lebih berpanjangan dan teruk dijangka dari Jun hingga Oktober di rantau selatan Asean – termasuk Singapura – dengan risiko jerebu dan kebakaran rentas sempadan yang lebih tinggi, kata Pusat Meteorologi Khusus Asean (ASMC) pada 30 Mei.

El Nino – fenomena cuaca sejagat yang menyebabkan cuaca lebih panas dan lebih kering ke Asia Tenggara dan Australia – diramalkan akan tiba pada separuh kedua 2023.

Peristiwa El Nino pada 2015 menyelubungi Asia Tenggara dalam jerebu tebal, menyebabkan Singapura menutup sekolah rendah dan menengah selama sehari pada September tahun itu.

Fenomena cuaca itu berterusan hingga 2016, menjadikannya tahun paling panas dalam sejarah, diburukkan lagi oleh pemanasan yang disebabkan oleh manusia daripada gas rumah hijau.

Kitaran El Nino terakhir – yang lebih lemah pada 2018 dan 2019 – turut membawa kepada jerebu rentas sempadan dan Singapura mengalami mutu udara yang tidak sihat selama beberapa minggu pada 2019.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia meramalkan bahawa risiko kebakaran hutan akan meningkat apabila Indonesia memasuki musim kemarau yang bermula pada April 2023.

Ia menjangkakan ini akan menjadi cuaca paling kering sejak 2019 berikutan fenomena iklim La Nina yang menjadi lemah, yang menyejukkan permukaan lautan dan menyumbang kepada hujan luar biasa yang dialami di Singapura dan Asia Tenggara dalam tempoh tiga tahun lalu.

ASMC berkata satu lagi fenomena, dipanggil Dipole Lautan Hindi positif, yang menyebabkan suhu permukaan laut lebih panas di barat Lautan Hindi, boleh berlaku pada Jun dan Julai.

Peristiwa El Nino dengan Dipole Lautan Hindi positif boleh memburukkan cuaca panas dan kering di rantau ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >