Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

KEGANASAN KELUARGA

Tingkat kesedaran tak kira usia

Oct 10, 2021 | 05:30 AM



Jiran 'kaypoh' boleh jadi penyelamat



MASYARAKAT tidak seharusnya melihat diri mereka sebagai "kaypoh" atau suka campur tangan dalam hal rumah tangga orang lain apabila terdengar atau mengetahui seseorang sedang berdepan dengan keganasan keluarga.



Ini kerana, Pengarah Eksekutif Casa Raudha, Cik Zaharah Ariff, berkata menerusi perbualannya dengan wanita yang menjadi mangsa penderaan, mereka sebenarnya berterima kasih dengan adanya bantuan orang lain sekiranya mereka terperangkap dan tidak dapat berdaya meminta bantuan.



"Ada mangsa wanita yang memberitahu saya bahawa mereka sangat berterima kasih kepada jiran yang tidak mereka begitu kenali kerana menghubungi polis apabila beliau didera.



"Inilah tahap kesedaran yang kita ingin timbulkan dalam kalangan masyarakat. Bukan bermakna mereka menghubungi polis, mereka bersikap "kaypoh" tetapi sebaliknya mereka melakukan perkara yang betul dalam membantu mangsa," ujarnya.



Mengongsi pengalamannya semasa perbincangan isu keganasan keluarga di studio Berita Harian (BH), Cik Zaharah berkata bukan sahaja mangsa wanita yang mendapat perlindungan di rumah tumpangan mereka tetapi juga anak mereka yang ada kalanya sekecil bayi lagi.



Melihat keadaan demikian, Cik Zaharah berkata inilah sebabnya pihaknya turut menitiberatkan penderaan terhadap kanak-kanak dan mahu meningkatkan kesedaran ramai terhadap aspek ini.



"Bayi pun ada mengalami trauma terutama apabila bayi itu dihayun dengan kuat dan trauma ini perlu ditangani menerusi terapi.



"Trauma yang dialami kanak-kanak sama ada mereka menyaksikannya atau mereka sendiri didera. Jadi perlu ada suara yang memperjuangkan hak mereka dengan meningkatkan kesedaran ramai," ujarnya.



Menurutnya, Casa Raudha mengambil berat dan prihatin terhadap isu pengabaian kanak-kanak termasuk kanak-kanak yang tidak mempunyai makanan yang mencukupi dan kebersihan diri tidak terjaga.



"Ada kalanya pasangan terlalu sibuk dengan masalah mereka sendiri, sehinggakan budak-budak terbiar daripada segi makanan, dan terpaksa ke rumah jiran untuk meminta makanan.



"Ada yang sekolah mereka juga terganggu dan jika semua ini tidak diberikan perhatian yang sewajarnya, masa depan budak itu akan sendirinya dengan rosak," katanya lagi.



Lantaran itu, dengan simposium Casa Raudha yang bakal dilaksanakan bulan depan akan memberi tumpuan untuk meningkatkan kesedaran ramai terhadap penderaan kanak-kanak dan memberikan ruang yang selamat kepada kanak-kanak untuk melaporkan jika mereka ternampak keganasan berlaku di rumah atau mereka mengalaminya sendiri," kata Cik Zaharah.



Beliau menambah selain kanak-kanak, pihaknya juga akan memberi perhatian terhadap kaum lelaki.



"Ia tidak kisah sama ada mereka pendera ataupun tidak.



"Tiada orang perlu tahu tetapi yang penting mereka perlu tampil ke hadapan dan membincangkannya terlebih dahulu," katanya lagi.



"Ada mangsa wanita yang memberitahu saya bahawa mereka sangat berterima kasih kepada jiran yang tidak mereka begitu kenali kerana menghubungi polis apabila beliau didera. "Inilah tahap kesedaran yang kita ingin timbulkan dalam kalangan masyarakat. Bukan bermakna mereka menghubungi polis, mereka bersikap "kaypoh" tetapi sebaliknya mereka melakukan perkara yang betul dalam membantu mangsa."
– Cik Zaharah Ariff, Pengarah Eksekutif Casa Raudha




Tangani isu keganasan keluarga di peringkat prasekolah



PERSATUAN Pemudi Islam Singapura (PPIS) telah bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) untuk melakarkan kurikulum yang dipanggil sebagai hubungan saling menghormati atau 'respectful relationship'.



Menjelaskan, Presiden PPIS, Cik Hazlina Halim, berkata tujuan kurikulum itu adalah supaya kanak kanak dididik dari peringkat awal untuk saling menghormati diri mereka dan juga diri rakan mereka.



"Bak kata pepatah, kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.



"Bagaimanakah kita membimbing kanak-kanak supaya berani tampil bersuara?



"Atau berani melaporkan dan mencari peluang untuk memberitahu seorang dewasa? Inilah yang ingin kita lakukan, untuk perkasa mereka dari kecil agar dapat mengenal pasti apabila sesuatu yang tidak kena berlaku terhadap diri mereka di rumah," katanya.



Beliau menambah, pihaknya juga mempunyai rancangan untuk meluaskan kurikulum itu sebagai bahan pengajaran yang boleh dikongsi bersama dengan prasekolah lain agar lebih ramai yang boleh meraih manfaat daripada program tersebut.



Dalam pada itu, beliau menegaskan adalah penting untuk masyarakat tidak menyumbang kepada stereotaip jantina.



"Jika ada hiburan yang berunsurkan stereotaip yang tidak elok terhadap wanita, mahupun lelaki, diharapkan kita tidak dukung hiburan sedemikian," tambahnya.



Menyentuh tentang 16 saranan yang dikemukakan pasukan bertindak bagi menangani keganasan keluarga, Cik Hazlina berkata PPIS yang mengendalikan Hab Inspirasi telah mengadakan program Persedian Pra Perkahwinan khusus bagi pasangan muda, yang salah satu daripada pasangannya berusia 21 tahun ke bawah.



Ini merupakan antara golongan pasangan yang dikenal pasti mempunyai risiko awal menghadapi isu keganasan keluarga.



"Salah satu yang dijalankan ialah untuk memastikan ibu bapa turut serta dengan harapan mereka dapat membimbing anak-anak mereka untuk melayari bahtera perkahwinan yang baru ini.



"Isu keganasan keluarga juga turut diketengahkan dalam program tersebut," katanya lagi.



Ditanya sama ada pandemik ini telah menyebabkan bilangan mereka yang mendapatkan bantuan meningkat, Cik Hazlina berkata menerusi pusat Akademi SYM, PPIS telah memerhatikan ada peningkatan, sejajar dengan trend serata dunia.



Akademi SYM menyediakan terapi sistemik sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan keluarga.



Malah mereka yang mendapatkan pertolongan mempunyai kaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan mental.



Menurut satu data daripada Pusat Khidmat Keluarga (FSC), 39 peratus di kalangan rumah tangga yang telah melaporkan ataupun mengalami keganasan keluarga, mempunyai kaitan dengan seseorang ahli keluarga yang sedang mengalami masalah mental.



Tetapi, tambahnya, apa yang lebih merumitkan ialah apabila rumah tangga ini juga memerangi isu ketagihan seperti penyalahgunaan dadah.



"Justeru apabila semua faktor digabungkan, adalah penting untuk tidak memperlekehkan isu keganasan keluarg dan sebaliknya tanganinya bersama," katanya lagi.



"Bak kata pepatah, kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. "Bagaimanakah kita membimbing kanak-kanak supaya berani tampil bersuara? "Atau berani melaporkan dan mencari peluang untuk memberitahu seorang dewasa? Inilah yang ingin kita lakukan, untuk perkasa mereka dari kecil agar dapat mengenal pasti apabila sesuatu yang tidak kena berlaku terhadap diri mereka di rumah.''
– Cik Hazlina Halim, Presiden PPIS




DILANDA MASALAH KEGANASAN KELUARGA? INILAH TALIAN BANTUAN YANG BOLEH ANDA HUBUNGI



Casa Raudha: enquiry@casaraudha.org



PPIS: PPIS Family Service Centre (East) - 6950 3503

PPIS Family Service Centre (West) - 6561 3462



PAVE: 6555 0390
Emel: intake@pave.org.sg

Talian Bantuan Nasional: 1800-202-6868 (8 pagi - 12 tengah malam)



Kesejahteraan Mental



  • Institut Talian Bantuan Kesihatan Mental 6389-2222 (24 jam)

  • Samaritans of Singapore: 1800-221-4444 (24 jam ) /1-767 (24 jam)

  • Persatuan Kesihatan Mental Singapura: 1800-283-7019

  • Silver Ribbon Singapore: 6386-1928

  • Tinkle Friend: 1800-274-4788 and www.tinklefriend.sg

  • Pasukan Penilaian Kesihatan Masyarakat: 6493-6500/1 dan www.chat.mentalhealth.sg

Kaunseling
PPIS SYM Academy - 6745 0613



  • TOUCHline (Counselling): 1800-377-2252

  • TOUCH Care Line (bagi warga emas, penjaga): 6804-6555

  • Pusat Kaunseling Care Corner: 1800-353-5800




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >