Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jiran warga emas saling dorong satu sama lain dapatkan vaksin

Sep 13, 2021 | 05:30 AM



APABILA relawan menggalak penduduk ambil vaksin berkunjung ke rumahnya sebelum ini, Cik Norinin Salleh masih keberatan menempah janji temu bagi suntikan dos pertama kerana beliau mempunyai alahan ekoran semputnya.



Namun selepas jiran-jirannya yang sudah divaksinasi sepenuhnya memujuknya - yang tinggal seorang untuk berbuat demikian bagi melindungi diri dan keluarganya yang sering melawatinya setiap minggu - Cik Norinin tidak teragak-agak mendapatkan kelulusan daripada doktor supaya dapat divaksinasi.



Beliau, 71 tahun, seorang balu dan kini sudah menerima dos pertama pada Ogos lalu, berkata ia penting bagi warga emas menggalak satu sama lain mendapatkan vaksin Covid-19.



Lebih-lebih lagi sedang Singapura mengajak warga emas berusia 60 tahun dan ke atas untuk menerima vaksin penggalak mulai esok, golongan itu perlu mengambilnya kerana mereka lebih mudah terdedah kepada virus berkenaan, kata ibu dua anak dan nenek lima cucu yang tinggal di flat studio di Tampines Street 81.



"Mestilah saya ikut dorang sebab mereka geng-geng kita! Saya rasa lebih yakin kerana mereka lagi kenal kita dan tahu apa sakit yang kita ada," kata Cik Norinin ketika ditemui Berita Harian (BH) semalam, merujuk kepada jirannya dari tingkat 14 itu.



Jelas beliau: "Sebelum ini bila relawan datang, saya tak tahu apa nak buat memandangkan saya ada enam alahan disebabkan semput saya."



Jirannya, Encik Kamuri Sichor, 72 tahun, merupakan seorang relawan kumpulan Qaryah dan sering menyumbang masa kerja sukarela bagi penduduk di blok 827A itu yang diduduki warga emas. Ini termasuk usaha menggalak penduduk ambil vaksin.



Beliau dan isterinya sudah divaksinasi sepenuhnya sejak April lalu dan kini sedang menanti undangan bagi mendapatkan vaksin penggalak pula.



"Ia penting bagi kita, warga sesama umur, mengambil berat dalam usaha melindungi diri dan kawan-kawan kita," kata datuk sembilan cucu itu.



Isterinya, Cik Rosnah Khalid, 67 tahun, merujuk kepada bahayanya varian Delta, pula berkata: "Sekarang kes semakin naik, jadi bila peluangnya datang kita akan ambil suntikan ketiga."



Program suntikan vaksin booster akan dimulakan esok bagi warga berusia 60 tahun dan ke atas, penghuni rumah jagaan warga emas dan mereka yang mempunyai sistem imun yang dikompromi.



Warga emas yang sudah divaksinasi sepenuhnya sekurang-kurangnya enam bulan akan diundang untuk menerima dos vaksin penggalak itu menerusi kiriman SMS.



Menjawab pertanyaan BH, Dr Elly Sabrina Ismail berkata ia penting bagi warga emas menerima vaksin penggalak itu meskipun mereka sudah divaksinasi sepenuhnya kerana taraf perlindungannya bakal berkurangan setelah enam bulan disebabkan sistem imun mereka yang lebih lemah.



"Suntikan booster itu dapat meningkat taraf perlindungan itu kepada taraf asalnya dan ini penting bagi melindungi diri daripada varian Delta yang lebih mudah berjangkit," kata beliau.



Doktor keluarga yang mengendalikan Banyan Clinic itu turut menjelaskan kesan sampingan vaksin booster itu adalah sama dengan dos vaksin pertama dan kedua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >