Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jiwai belajar sepanjang hayat, prihatin isu keluarga

Pada 24 Julai, Dr Syed Harun Alhabsyi dan Profesor Madya Razwana Begum Abdul Rahim telah dilantik oleh Presiden Halimah Yacob untuk berkhidmat sebagai Anggota Parlimen Dilantik (NMP) untuk penggal dua setengah tahun. Dua NMP baru Melayu/Islam ini adalah antara sembilan nama yang telah dipilih oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Berita Harian mewawancara Dr Syed Harun dan Profesor Madya Razwana Begum untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu-isu yang bakal mereka ketengahkan.
Aug 02, 2023 | 05:30 AM



Profesor Madya Razwana Begum Abdul Rahim mungkin boleh menjadi pelajar contoh pembelajaran sepanjang hayat.

Beliau, yang pada masa ini mendukung jawatan Ketua Program Keselamatan Awam dan Sekuriti di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), bukan sekadar memiliki tiga atau empat sijil pengajian tertiari.

Malah, ibu dua anak lelaki itu mempunyai tujuh sijil, daripada peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana, ke Doktor Falsafah (PhD).

Bermula dengan Diploma dalam Pengurusan Pentadbiran daripada Institut Pengurusan Pentadbiran di United Kingdom (UK) pada 1994, Dr Razwana, berusia 48 tahun, meraih pula Diploma Antarabangsa dalam Pembelajaran Komputer daripada Pusat Perkomputeran Nasional UK.

Menyusuli itu, beliau memburu ijazah Sarjana Muda dalam Undang-Undang daripada Universiti Wolverhampton di United Kingdom yang diperolehnya pada 1997.

Selepas tamat pengajiannya, beliau mula bertugas sebagai pekerja sosial di salah sebuah rumah tumpangan kanak-kanak di sini.

Pada 2005 pula, beliau berjaya melengkapkan pengajian Diploma dalam Kerja Sosial dari Universiti Nasional Singapura (NUS), sebelum meraih Sarjana Undang-Undang dari Universiti London, UK. Sarjana Kaunseling dari Universiti Monash di Australia pula menyusul selang tiga tahun.

Sekitar lapan tahun lalu, pada 2015, beliau menggenggam pula sijil doktor falsafah (PhD) dari Universiti Monash.

Semasa ditemui Berita Harian (BH) di pejabatnya di SUSS baru-baru ini, Dr Razwana berkata perjalanannya untuk mengejar ilmu dan mendapat pengiktirafan akademik mungkin tampak ringkas apabila disenaraikan, tetapi perjalanannya lebih berliku-liku.


Selain membahagi masa antara kerjaya dengan pengajiannya, beliau juga terpaksa menangani cabaran peribadi. Beliau berpisah dengan suami pertamanya pada 2003, menyusuli kelahiran anak kedua.

Namun, menurut Dr Razwana, tekad beliau untuk mempertingkat diri dengan menambah pentauliahan akademik tidak pernah pudar.

Menambah, beliau, yang pada 2022 berkahwin semula, berkata pembelajaran sepanjang hayat sudah menjadi sebati dalam jiwanya.

“Saya bernasib baik kerana mendapat sokongan daripada ibu dan anggota keluarga lain, serta suami baru sendiri,” kata beliau.

“Meskipun saya minat belajar, yang pasti perjalanan pembelajaran sepanjang hayat yang saya lalui merupakan ketentuan Tuhan,” katanya lagi, berendah hati.

Dr Razwana salah seorang daripada sembilan wajah baru Anggota Parlimen Dilantik (NMP) yang akan mengangkat sumpah di sidang Parlimen bermula Rabu.

Mereka dijangka berkhidmat bagi tempoh dua setengah tahun dan dipilih oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen daripada senarai 30 nama.


Ditanya apakah perkara yang menjadi keprihatinannya dan isu-isu yang ingin ditimbulkan di Parlimen kelak, Dr Razwana yang mampu berbahasa Tamil, Melayu serta Inggeris berkata:

“Isu yang menyentuh tentang keluarga dan kanak-kanak menjadi keprihatinan saya.

“Selain itu, timbul juga minat tentang usaha mempertingkat kapasiti para pekerja setempat dalam pengetahuan pekerjaan masing-masing. Itu juga ada kaitan dengan pembelajaran sepanjang hayat – satu bidang yang sejajar dengan minat saya, ujar Dr Razwana.

Menurut Dr Razwana, beliau dinamakan sebagai calon NMP pada Mac lalu oleh majikannya.

“Saya diberitahu bahawa pencalonan saya dilakukan majikan berdasarkan pengalaman saya dalam bidang perkhidmatan sosial.

“Ini, kata mereka, dapat menjadi bekalan semasa saya berbahas di Parlimen kelak,” kata beliau lagi, yang bekhidmat selama 18 tahun di sebuah kementerian sebelum berpindah ke SUSS.

Dalam pada itu, Dr Razwana juga giat menabur jasa sebagai relawan.

Antara lain, beliau merupakan Anggota Jawatankuasa di Sekolah Menengah Bowen; Naib Presiden II, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS); Anggota Penasihat di Pusat Pendidikan Tinggi, Universiti Sunway; Jawatankuasa Titipan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF); selain penasihat di Mahkamah Belia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >