Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

J'kuasa PBB puji kemajuan S'pura perjuang hak kanak-kanak

May 23, 2019 | 05:30 AM



JAWATANKUASA Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Kanak-Kanak telah memuji kemajuan signifikan yang dicapai Singapura dalam memperjuangkan hak kanak-kanak.



Menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) semalam, jawatankuasa itu telah menyambut baik banyak usaha negara ini.



Ini termasuk pindaan meningkatkan had usia Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda daripada 16 tahun kepada 18 tahun, penggunaan alat pemeriksaan dan laporan yang mantap bagi perlindungan kanak-kanak dan pelaburan signifikan dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak.



Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim telah mengetuai satu delegasi antara agensi dan membentangkan laporan semasa di Sesi ke-81 Jawatankuasa PBB bagi Hak Kanak-Kanak di Geneva pada 16 dan 17 Mei lalu.



Dalam dialog dengan jawatankuasa itu, Dr Faishal telah menekankan semula komitmen Singapura untuk melindungi kesejahteraan kanak-kanak di negara ini.



Beliau telah menggariskan beberapa langkah yang diambil Singapura agar menjadi rumah yang baik untuk kanak-kanak.



Antaranya ialah menyediakan setiap kanak-kanak permulaan yang baik tidak kira keadaan mereka semasa dilahirkan, memastikan sekitaran yang memupuk kanak-kanak agar mereka boleh maju, melindungi serta menyokong kanak-kanak yang lemah atau terdedah kepada risiko serta bekerjasama dengan pertubuhan bukan pemerintah bagi menyediakan masyarakat lebih kukuh dan menyokong rangkaian untuk anak-anak.



Dalam ucapan pembukaannya, Dr Faishal telah berkongsi wawasan Singapura untuk kanak-kanak.



"Tahun ini Singapura memperingati bicentennial. Membina masyarakat yang adil, saksama dan inklusif sentiasa menjadi keutamaan pemerintah. Khususnya, kami bermatlamat menjadi rumah yang dapat memupuk dan memberi kasih sayang kepada anak-anak kita, bagi generasi sekarang dan pada masa depan.



"Kami mahu setiap anak selamat dan mempunyai peluang untuk mengembangkan potensi sepenuh mereka dan memenuhi impian mereka.



"Kami telah banyak melabur dalam kanak-kanak kita bagi menjamin masa depan dan kesejahteraan mereka. Kami berusaha memastikan setiap anak mempunyai permulaan yang baik dalam hidup agar tiada anak yang ketinggalan kerana keadaan keuarga mereka semasa dilahirkan," ujar beliau.



Dalam melindungi golongan kanak-kanak lebih lemah, beliau juga menarik perhatian tentang bantuan tambahan diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai keperluan pendidikan khas dan pembangunan.



Satu langkah signifikan yang diambil juga ialah Singapura sedang menyemak semula undang-undang agar dapat menjaga, melindungi dan memulihkan kanak-kanak dan belia berisiko atau lemah, dengan lebih baik, jelas Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >