Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Johor main peranan penting dalam kekalkan hubungan rapat antara S'pura dan M'sia: PM Lee

Jul 20, 2022 | 07:14 PM



SEBAGAI pintu masuk utama antara Singapura dan Malaysia, Johor memainkan peranan penting dalam mengekalkan kerjasama yang erat serta perhubungan yang baik antara Singapura dan Malaysia.



Ini sangat penting terutama sekali semasa pandemik Covid-19, kata Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong, dalam ucapan semasa jamuan tengah hari rasmi di Istana tadi (20 Julai), sebagai menghormati Sultan Iskandar, yang sedang dalam rangka lawatan tiga hari ke Singapura.



Encik Lee menambah bahawa sokongan Sultan Johor membolehkan talian bekalan merentasi sempadan darat dikekalkan.



“Kami juga bekerjasama rapat dengan Yayasan Sultan Ibrahim Johor untuk menyumbangkan vaksin dan bekalan perubatan kepada Johor,” ujar beliau.



Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan isteri, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah telah berada di Singapura pagi tadi untuk lawatan rasmi selama tiga hari, atas undangan rasmi Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Dalam kenyataan di Facebook Sultan Ibrahim berkata beliau berbesar hati di atas jemputan rasmi daripada Encik Lee dan menghargai kepemimpinan, visi serta aspirasinya dalam memajukan dan memakmurkan negara itu.



“Kerjasama selama bertahun-tahun dan persefahaman erat dengan Singapura dalam pelbagai aspek telah memberi manfaat kepada Johor terutama dalam pembangunan sosio-ekonominya.



"Saya juga mendoakan kesihatan anda (Dato’ Lee) yang baik serta Singapura yang makmur dan sejahtera.”



Sebelum jamuan makan tengahari, Sultan Ibrahim juga dihadiahkan bunga orkid yang telah Kebun Bunga Singapura mengabadikan nama Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah pada hibrid orkid baru, ‘Dendrobium Ibrahim Zarith’, sebagai penghormatan di atas lawatan rasmi berkenaan.



Sultan Ibrahim dan isterinya juga bertemu dengan Presiden Halimah Yacob dan suami, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, untuk jamuan minum petang.



Dalam lawatan tiga hari itu, Sultan Ibrahim dijangka berkunjung ke beberapa lokasi termasuk tapak Projek laluan Sistem Transit Laju (RTS) di Woodlands, Iseas-Institut Yusof Ishak dan Pangkalan Udara Sembawang.



Raja Zarith Sofiah pula akan berkunjung ke sekolah pelajar istimewa di sekolah kendalian Persatuan Golongan Keperluan Khas, APSN Delta Senior School dan Muzium Tamadun Asia.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >