JP MORGAN, majikan lelaki yang marah dan memaki seorang pegawai keselematan di kondominium di Whampoa dalam video tular, telah mengingatkan kakitangannya yang berpangkalan di Singapura untuk kekalkan “budaya saling menghormati” dalam tingkah laku seharian mereka.
Dalam e-mel dalaman yang dilihat The Straits Times hari ini (29 Oktober), pegawai kanan negara pejabat Singapura JP Morgan, Encik Edmund Lee berkata: “Orang, khidmat dan komitmen kami terhadap integriti telah membuat JP Morgan antara salah satu institut kewangan terhormat di dunia. Kami semua mempunyai tanggungjawab bersama dalam memastikan dan membina reputasi yang kuat.”
Encik Lee tidak menyebut video tular itu mahupun menjelaskan mengapa beliau menghantar e-mel itu, hanya ingin mengingatkan kakitangannya: “Kita semua… dijangka menunjukkan standard yang tinggi, ini termasuk menghormati dan martabat bagi orang lain… di dalam dan di luar tempat kerja.”
Encik Lee ketuai operasi JP Morgan Singapura yang mempunyai sekitar 3,000 kakitangan, termasuk kakitangan tempatan dan orang asing.
Kejadian tular itu telah menyebabkan perdebatan hangat terhadap layanan terhadap kakitangan keselamatan.
Dalam video itu, lelaki yang dikenali sebagai Ramesh kelihatan memekik ke arah pegawai keselamatan kerana marah apabila diberitahu bahawa tetamu beliau harus membuat bayaran bagi tempat meletak kereta di kondonya.