Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JSS perboleh usahawan kekal pekerja, tambah kakitangan, luas niaga

Sokongan gaji dari pemerintah bantu berkembang kepada 18 pekerja, dengan empat lagi pekerja SG bakal sertai syarikat
Jun 25, 2021 | 05:30 AM



SEDANG ramai peniaga bergelut untuk bertakat di tengah-tengah pandemik Covid-19, pemilik rangkaian gerai makanan Ashes Burnnit, Encik Lee Syafiq Muhd Ridzuan Lee menyaksikan peluang untuk menambah tenaga kerja dan meluaskan perniagaannya.



Ini dapat dicapai dengan hasil bantuan Skim Bantuan Pekerjaan (JSS).



Malah, bukan hanya beliau dapat mengekalkan pekerja yang ada sekarang malah Encik Syafiq berupaya menggajikan lebih ramai pekerja warga Singapura bagi menyokong peluasan perniagaannya.



Peniaga itu yang mempunyai tiga gerai Ashes Burnnit serta dua cawangan kedai pastri, Maison Sucre, kini mempunyai 18 pekerja dan bakal menerima lagi empat pekerja setempat dalam masa dua bulan mendatang.



Ini sedang beliau membuat perancangan untuk meluaskan lagi perniagaannya pada masa terdekat, yang termasuk pembukaan sebuah kedai konsep baru dan sebuah lagi gerai Ashes Burnnit.



Semasa dihubungi, Encik Syafiq berkata semua ini dapat dilakukan hasil sokongan yang dihulurkan pemerintah sejak berlakunya pandemik pada tahun lalu.



Sejauh ini syarikatnya sudah menerima JSS bernilai lebih $50,000.



Menjelaskan lanjut, Encik Syafiq berkata:



"Bantuan pemerintah ini memang banyak membantu sebab pendapatan perniagaan makanan dan minuman (F&B) seperti kami turun naik disebabkan keadaan yang tidak menentu, ekoran langkah keselamatan sudah beberapa kali pelanggan tidak boleh makan di premis kami.



"Ini tentunya menjejas perniagaan kami, lebih-lebih lagi bagi ketiga-tiga gerai kami yang terletak di pusat penjaja dan kedai kopi.



"Sebanyak 90 peratus pelanggan merupakan 'walk-in'. Dan oleh kerana kami berniaga di pusat penjaja dan kedai kopi, maka harga jualan kami sudah pada harga yang dimampui.



"Oleh itu, untuk menaikkan harganya apabila kami menjualnya di wadah penghantaran dalam talian, ia sesuatu yang agak berat untuk kami.



"Maka itu dengan JSS, ia banyak membantu kami dari segi mengimbangi kos. Jika tidak, tanpa JSS, paling lama kami dapat bertahan mungkin sekitar tiga bulan sahaja."



Selain JSS, bantuan lain seperti pelepasan sewa turut menolong perniagaan itu, tambah Encik Syafiq yang sudah berniaga sejak 2019.



Pada masa sama, beliau menjelaskan yang masa sukar ini telah memberi ruang untuk pasukannya mencari idea perniagaan baru dan strategi pemasaran bagi mengembangkan perniagaan, dengan sokongan pelanggan.



Ini telah mendorongnya membuka cawangan kedua kedai kek dan pastrinya, Maison Sucre di Balestier, sekitar dua minggu lalu.



Mengenai rancangan menggajikan pekerja baru, Encik Syafiq berkata bahawa dua pekerjanya merupakan dalam jawatan pereka grafik dan setiausaha, manakala dua pekerja lain merupakan cef pastri bagi menyokong perniagaan Maison Sucre yang baru dibuka.



"Ekoran sokongan pemerintah, kami dapat menggajikan lebih ramai warga Singapura serta menjana lebih banyak perniagaan.



"Kini permintaan untuk khidmat penghantaran juga lebih tinggi, dan kami turut memberi tumpuan kepada aspek ini," ujar beliau.



Buat masa ini, 50 peratus pendapatan syarikat itu adalah daripada khidmat penghantaran manakala bakinya adalah daripada pelanggan yang makan di premis atau membawa pulang.



Memandangkan trend penghantaran dan tempahan makanan dalam talian yang terus rancak, Encik Syafiq berkata beliau akan terus mempergiat khidmat itu dengan menawarkan khidmat penghantaran serata pulau menerusi wadah penghantaran pihak ketiga.




"Bantuan pemerintah ini memang banyak membantu sebab pendapatan F&B seperti kami turun naik disebabkan keadaan yang tidak menentu, ekoran langkah keselamatan sudah beberapa kali pelanggan tidak boleh makan di premis kami.

Maka itu dengan JSS, ia banyak membantu kami dari segi mengimbangi kos. Jika tidak, tanpa JSS, paling lama kami dapat bertahan mungkin sekitar tiga bulan sahaja.

Ekoran sokongan pemerintah, kami dapat menggajikan lebih ramai warga Singapura serta menjana lebih banyak perniagaan."

- Pemilik rangkaian gerai makanan Ashes Burnnit, Encik Lee Syafiq Muhd Ridzuan Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >