Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Juadah berbuka tanda 'Terima Kasih Bhaiya'

Apr 04, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 1,000 pekerja migran dari beberapa dormitori di Kaki Bukit menerima bungkusan nasi beriani dan minuman untuk berbuka puasa semalam dalam satu acara pengagihan makanan 'Terima Kasih Bhaiya' anjuran Forum Belia Islam (MYF).



Inisiatif itu bertujuan menunjukkan penghargaan kepada pekerja migran atas kerja keras mereka dalam pembangunan negara ini.



Selain makanan dan minuman untuk berbuka pada hari pertama masyarakat Muslim di sini berpuasa, mereka menerima pakaian Hari Raya terpakai dan tisu antibakteria ditaja oleh rakan korporat dan masyarakat MYF.



Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, yang hadir selaku tetamu terhormat pada acara yang diadakan buat tahun ketiga itu, berkata:



"Saya ingat dua tahun lalu, apabila kami mengadakan acara ini, ia tidak begitu mudah kerana kami di bawah langkah pemutus rantaian jangkitan.



"Namun, saya sangat berterima kasih kerana anda telah melalui perjalanan sepanjang dua tahun bersama dengan kami untuk memastikan masyarakat kami selamat, dormitori anda selamat dan Singapura juga selamat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >