Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

BUDAYA PENJAJA SINGAPURA

Jual epok-epok teruskan tradisi, semai minat generasi muda

Jul 14, 2022 | 05:30 AM



PERTAHANKAN makanan ringan tradisional dalam jiwa generasi muda.



Itulah yang diusahakan Cik Yang Hassan, 72 tahun, pemilik gerai Yang's Epok-Epok di Pusat Penjaja Bedok Corner.



Beliau dibantu adiknya, Cik Halimah Hassan, 65 tahun.



"Sekarang banyak kedai makanan segera seperti McDonald's, KFC dan sebagainya dan saya lihat ramai anak-anak muda sekarang lebih meminatinya. Mereka tidak mengenali kuih-kuih lama-lama. Oleh itu, kita berhasrat hendak meneruskan perniagaan epok-epok ini supaya ia tidak pupus," kata Cik Yang Hassan.



Selain epok-epok, gerai mereka juga menjual mi rebus, mi soto dan sate.



Menceritakan pengalamannya mula-mula berniaga, Cik Yang berkata beliau dan Allahyarham suaminya, Encik Sinwan Beraji, pada mulanya berniaga nasi padang dan nasi ambeng pada tahun 1993.



Sebelum digelar Yang's Epok-Epok, gerai mereka dikenali sebagai Satay Obek.



Namun setelah Allahyarham suaminya meninggal dunia pada 2011, Cik Yang menutup gerainya selama empat tahun.



Pada ketika itu, mereka masih menjual epok-epok, tetapi hanya secara sampingan.



Selepas mendapati sambutan penjualan epok-epok semakin mengalakkan, Cik Yang dan adiknya, Cik Halimah memutuskan untuk beralih daripada menjual nasi padang kepada epok-epok sebagai perniagaan utama mereka.



Penjualan epok-epok dijadikan sebagai perniagaan rasminya pada tahun 2019.



Cik Halimah berkata ada kalangan pelanggan ingin membeli epok-epok, tetapi tidak kesampaian kerana epok-epok sudah habis.



"Jadi, kita tengok jualan epok-epok semakin meningkat, kita pun fikir buat apa kita jual nasi padang, banyak membazir. Jadi kita hentikan jualan nasi padang, kita hanya jual epok-epok."



Kini, anak sulung daripada enam orang anak Cik Yang, Cik Rahimah Sinwan, 43 tahun, membantu Cik Yang mengelolakan gerai itu bersama suami Cik Rahimah, Encik Kalik Jelani, 47 tahun.



Cik Rahimah berminat mengikut jejak ibunya untuk berdikari dalam menguruskan gerai.



Justeru, beliau juga percaya peranannya sebagai pemilik generasi kedua gerai ibunya dapat membantu beliau meneruskan legasi neneknya, Hajjah Petemah, menerusi resipi epok-epok ini.



Sementara suami sibuk melayan pelanggan, Cik Rahimah memantau stok epok-epok yang masih ada sebelum memasak epok-epok baru.



"Seawal jam 9 pagi, kita dah mula buat epok-epok dan memasaknya di sini. Semua ini kita lakukan sampai tepung habis," jelas Cik Rahimah lagi.



Menurut beliau, teknik membuat epok-epok itu sama seperti pembuatan epok-epok tradisional yang dilakukan neneknya.



Walaupun terdapat peralatan canggih membantu menghasilkan epok-epok, epok-epok buatan tangan akan tetap diteruskan.



"Insya Allah kalau saya panjang umur, sampai bila-bila pun saya akan teruskan macam gini."



Dalam pada itu, Cik Yang sentiasa memesan kepada anaknya agar terus mengekalkan makanan tradisional termasuk epok-epok.



"Memang saya selalu pesan kepada anak saya, epok-epok jangan dihapuskan. Sebab apa? Kita hendak seperti kuih-kuih yang lama-lama ni biar budak-budak sekarang terus mengingati dan meminatinya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >