Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN

Jual flat lepas lebih 50 tahun demi ibu

Aug 07, 2020 | 05:30 AM



PROFIL 1



MESKIPUN Cik Noor Azizah Masidi tidak lagi tinggal di flat tiga bilik HDB ibu bapanya di Toa Payoh, rumah itu tetap meninggalkan banyak kenangan bagi beliau dan adik-beradiknya.



Sebab itu, keluarganya, terutama ibunya yang masih tinggal di sana, berasa begitu berat untuk menjual flat tersebut.



Namun, Cik Noor Azizah dan adik-beradiknya memutuskan berbuat demikian bulan lalu, selepas adik bongsu dan keluarganya, yang turut tinggal di sana, berpindah ke flat lain dan mengajak ibunya tinggal bersama mereka.



Bapa beliau meninggal lebih tiga dekad lalu, kata Cik Noor Azizah.



Secara kebetulan, flat yang didiami keluarganya lebih 50 tahun itu dapat dijual semasa harga flat jualan semula HDB kekal tinggi di pasaran.



Menurut Cik Noor Azizah, 50 tahun, keputusan mereka dibuat kerana enggan membiarkan ibu mereka, Cik Jamiah Awang, tinggal sendirian di rumah itu.



"Kami ingin menjaga beliau... dan bimbang jika beliau tinggal seorang diri selepas adik bongsu kami pindah.



"Mujurlah, ibu bersetuju pindah ke rumah adik bongsu kami, yang memang begitu rapat dengannya.



"Tapi kami juga ada hasrat mengajak ibu tinggal bersama kami pada masa depan, jika beliau mahu," katanya.



Menurut Cik Noor Azizah, beliau dah adik-beradiknya bermuafakat untuk membantu ibunya menjual flat itu bukan setakat kerana ingin ibu mereka tinggal bersama mereka.



Ia juga kerana mereka ingin menambah wang simpanan bagi ibu mereka.



"Keputusan kami bukan kerana harga flat jualan semula lebih tinggi, tetapi kerana ingin ibu tinggal bersama kami," kata beliau lagi, yang enggan berkongsi harga flat yang dijualnya itu.



"Wang hasil jualan kebanyakannya ialah untuk kegunaan ibu kami semata-mata," ujar Cik Noor Azizah.



Cik Jamiah sekarang tinggal bersama anak bongsunya di  kawasan Barat Singapura. 



Menurut Cik Noor Azizah, beliau dan adik-beradiknya semua tinggal berhampiran. 



Beliau, yang mempunyai tiga anak, tinggal di Yew Tee.



"Bagi kami, aturan seperti ini memudahkan urusan bagi kami sentiasa mendampingi ibu kami.



"Beliau telah bertungkus lumus bekerja dan menjaga kami sendirian sejak bapa kami meninggal dunia.



"Sekarang giliran kami pula menjaga beliau," kata Cik Noor Azizah.



* Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >