Jual kuih demi sara ubat kencing manis
Satu pelancaran program baru, 'Diterajui Masyarakat - Perangi Kencing Manis', telah diadakan di Kelab Masyarakat Siglap kelmarin. Program pendekatan ini disokong Berita Harian dan syarikat pengusaha sekitaran dan pelaburan sosial, Green Enable Technologies. Program yang dirintis Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, ini dianjurkan khas buat penduduk Melayu di GRC East Coast. Kededua wanita ini hadir mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan yang disediakan di acara tersebut. Ini termasuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan menghadiri bengkel yang memberi maklumat tentang penjagaan penyakit kencing manis. FARAH MOHD REZAL (rfarah@sph.com.sg) melaporkan.
Jun 21, 2016 | 05:30 AM
KEHIDUPAN sebagai ibu tunggal membesarkan kededua anaknya di samping menjaga ibunya memang mencabar.
Empat tahun lalu, cabaran kehidupan Cik Zanizah Aziz, 48 tahun, bertambah dan ia menguji kekuatan mental dan fizikal beliau.