JUALAN Murah Mega Singapura, yang akan bermula esok, bakal menawarkan pelbagai diskaun dan promosi untuk tempoh selama lapan minggu sempena SG50.
Selain daripada tawaran membeli-belah, para pengguna boleh mendapatkan diskaun bagi dua lawatan mengelilingi Singapura dan pakej percutian di hotel-hotel setempat dalam tempoh tersebut.
Ini termasuk pakej pelancongan Explore Singapore Tours yang diadakan setiap hari merangkumi lawatan ke Merlion Park dan Thian Hock Keng Temple; dan pakej Chinatown Walking Tours yang diadakan tiga kali seminggu.
Lebih 40 hotel juga menawarkan pakej penginapan istimewa semasa jualan murah itu yang akan berakhir 26 Julai ini.
Jualan Murah Mega Singapura juga akan diperluaskan kepada gedung-gedung membeli-belah dalam talian.
Pembeli yang menggunakan kad MasterCard untuk membeli-belah di laman-laman web seperti Expedia, Qoo10, Rakuten dan Zalora akan diberi diskaun.