Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jualan runcit Feb naik 12.7%

Makanan dan alkohol catat peningkatan terbesar 69 peratus
Apr 06, 2023 | 05:30 AM



JUALAN meningkat pada Februari, dengan jualan runcit meningkat 12.7 peratus tahun ke tahun.



Ini berbeza dengan penurunan sebanyak 0.8 peratus pada Januari - penurunan pertama dalam hampir setahun - sedang pengguna membeli barangan besar seperti kereta, perabot dan peralatan rumah sebelum cukai barangan dan perkhidmatan yang lebih tinggi bermula pada 1 Januari 2023.



Tidak termasuk kenderaan bermotor, jualan runcit Februari naik 11.7 peratus, meningkat daripada peningkatan 2.1 peratus pada Januari.



Angka terkini itu dibantu oleh pangkalan yang rendah pada 2022 kerana beberapa kedai tidak dibuka semasa cuti umum Tahun Baru Cina, yang jatuh pada 1 dan 2 Februari.



Musim perayaan itu pada 2023 disambut pada penghujung Januari.



Jualan runcit meningkat 4.9 peratus pada Januari dan Februari berbanding tempoh yang sama pada 2022.



Bulan ke bulan, pengambilan keseluruhan Februari meningkat 3.9 peratus daripada Januari.



Ini berbanding dengan penurunan 9.5 peratus dari Disember hingga Januari, lapor The Straits Times.



Jualan runcit meningkat tahun ke tahun dalam semua kecuali satu kategori pada Februari, dengan makanan dan alkohol mencatatkan peningkatan terbesar sebanyak 69 peratus, terutamanya disebabkan oleh permintaan yang lebih tinggi bagi produk alkohol seperti yang dijual di kedai bebas cukai.



Jualan pakaian dan kasut, peralatan komputer dan telekomunikasi, barangan optik dan buku, dan di gedung beli-belah meningkat antara 21.2 peratus dengan 38.1 peratus.



Bagaimanapun, jualan pasar raya dan pasar raya besar merosot 3.6 peratus.



Secara keseluruhan, anggaran jumlah nilai jualan runcit pada Februari ialah $3.6 bilion, di mana jualan dalam talian membentuk 12.4 peratus, lebih tinggi daripada 11.4 peratus yang dicatatkan pada Januari.



Jualan bagi khidmat makanan dan minuman juga naik, meskipun pada kadar yang lebih perlahan, iaitu 21.6 peratus pada Februari berbanding 21.9 peratus pada Januari.



Semua industri dalam sektor makanan dan minuman mencatatkan pertumbuhan dalam jualan, dengan katering makanan menyaksikan peningkatan terbesar sebanyak 101.5 peratus di tengah-tengah permintaan yang lebih tinggi bagi katering acara dan dalam penerbangan.



Jumlah dagangan di kedai makanan segera, restoran, kafe, medan selera dan tempat makan lain meningkat antara 8.9 peratus dengan 20.4 peratus.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >