Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Judi dalam talian terkawal lebih selamat bagi penjudi: Tan Chuan-Jin

Oct 07, 2016 | 10:57 AM



MEMBENARKAN dua pengendali loteri tempatan menawarkan judi dalam talian menyediakan platform terkawal dan selamat untuk penjudi, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Tan Chuan-Jin, pada Khamis (6 Okt).



Kenyataannya itu dibuat sehari selepas Majlis Gereja Kebangsaan Singapura (NCCS) menyuarakan kebimbangannya terhadap keputusan membolehkan Singapore Pools dan Singapore Turf Club menawarkan judia dalam talian. Ia berkata langkah itu menghantar "isyarat mengelirukan dan bercanggah" memandangkan Akta Perjudian Jarak Jauh, yang berkuat kuasa mulai Februari tahun lalu, mengharamkan semua bentuk judi dalam talian.



Diminta mengulas mengenai kenyataan NCCS, Encik Tan menegaskan Pemerintah berkongsi kebimbangan kumpulan antijudi dan agama mengenai masalah perjudian. Bagaimanapun, beliau berkata sekalipun terdapat undang-undang baru terhadap perjudian terlarang, "anda tidak dapat membasmi masalah ini", sambil menambah "ia berada di sana dan ia semakin berkembang".



"Anda boleh menutup laman web, tetapi laman baru akan ditubuhkan, kadang-kadang lebih cepat daripada anda boleh menutupnya," kata beliau kepada Channel NewsAsia.



"Ia pasaran global yang membolehkan banyak wang didapatkan, dan yang paling teruk ialah ia tidak terkawal dan tidak ada langkah-langkah keselamatan."



Encik Tan berkata orang akan terus tertarik pada laman web itu, dan "kami mahu menjaga orang-orang ini".



Itulah sebabnya diputuskan diadakan "saluran ketat" di mana Pemerintah dapat mengawal sebarang masalah, dan menghalangnya daripada berkembang lebih daripada yang sepatutnya, ujar beliau.



Mereka yang ingin berjudi dalam talian pada platform sah mesti berumur sekurang-kurangnya 21 tahun, dan menetapkan had jumlah perjudian mereka setiap hari. Mereka juga tidak akan dapat berjudi dengan berhutang.



Langkah larangan sedia ada, yang membolehkan keluarga menghalang anggota keluarga pergi ke kasino, juga dilaksana bagi judi dalam talian.



Encik Tan berkata beliau gembira dengan contoh Hong Kong dan Norway, yang turut membenarkan sebilangan kecil pengendali judi dalam talian.



"Apa yang mereka dapati ialah ia tidak memburukkan lagi keadaan sama sekali," kata beliau, sambil menjelaskan bahawa peraturan di Singapura lebih ketat.



Encik Tan, yang berkata kementeriannya telah berunding dengan NCCS pada 2014 dan beliau juga baru-baru ini berhubung dengan pertubuhan kebajikan sukarela dan kumpulan agama, berkali-kali menekankan semasa temu bual itu bahawa judi dalam talian yang dikawal selia adalah kompromi terbaik.



"Jika kita tidak mempunyai sekitaran ini, ia bermakna mereka yang berusaha untuk memintas pengharaman sedia ada akan berjudi di tempat yang benar-benar tidak terbatas," katanya.



"Dan saya fikir itu agak berbahaya, kerana mereka terdedah kepada unsur-unsur jenayah juga, melebihi keburukan sosial akibat perjudian. Oleh itu, gabungan langkah-langkah yang kami fikirkan itulah yang benar-benar merupakan satu cara menangani masalah yang berpotensi meningkat itu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >