Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Jumlah denda yang akibatkan hilang layak jadi AP dinaik dari $2,000 kepada $10,000

Rang pinda Perlembagaan dilulus tanpa bantahan, berkecuali
May 10, 2022 | 05:30 AM



SESEORANG akan hilang kelayakan menjadi Anggota Parlimen (AP) jika beliau didapati melakukan kesalahan dan didenda sekurang-kurangnya $10,000, selepas satu pindaan terhadap Perlembagaan Singapura diluluskan Parlimen semalam.



Seramai 88 AP mengundi meluluskan Rang Undang-Undang (Pindaan) Perlembagaan Singapura itu, dengan tiada bantahan atau berkecuali (tidak mengundi).



Ia melebihi jumlah sekurang-kurangnya 63 undi yang diperlukan - iaitu dua pertiga daripada bilangan keseluruhan AP yang dipilih dan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) - untuk meluluskan rang itu.



Di bawah undang-undang sekarang, seseorang hilang kelayakan bertanding dalam pilihan raya untuk menjadi AP manakala seorang AP akan kehilangan kerusinya jika beliau dihukum penjara sekurang--kurangnya satu tahun atau denda sekurang-kurangnya $2,000.



Tempoh hilang kelayakan itu ialah lima tahun.



Kuantum denda itu akan dinaikkan untuk mengambil kira inflasi sepanjang tahun dan sejajar dengan hukuman yang dikenakan mahkamah di Singapura bagi kesalahan relevan hari ini, kata Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada 4 April lalu.



"Menyemak kuantum denda daripada tidak kurang $2,000 kepada tidak kurang $10,000 sejajar dengan denda yang dikenakan bagi kesalahan relevan kepada integriti individu itu, seperti pengelakan membayar cukai, rasuah," kata ELD.



Tiada perubahan pada tempoh minimum penjara.



Pindaan itu juga meluaskan kriteria untuk tidak melayakkan orang yang telah disabitkan kesalahan di mahkamah luar negara, sebagai tambahan kepada mahkamah Singapura dan Malaysia.



Namun, ia hanya bagi kesalahan yang boleh dihukum oleh mahkamah di Singapura sekiranya kesalahan itu dilakukan di sini.



Isu hilang kelayakan menjadi tumpuan selepas ketua Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh, dan naib pengerusinya, Encik Faisal Manap, kedua-duanya AP bagi GRC Aljunied, dirujuk kepada Pendakwaraya Awam bagi siasatan lanjut.



Saranan itu dibuat menyusuli laporan Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP) mengenai isu berbohong di Parlimen melibatkan mantan AP WP, Cik Raeesah Khan.



Di Parlimen semalam, dua AP bertanya apakah rang itu harus mengambil kira jenis kesalahan, sambil berkata bahawa kesalahan "ringan" seperti kesalahan trafik dan teknikal mungkin tidak menyebabkan seseorang hilang kelayakan manakala kesalahan lebih teruk mungkin boleh dikenakan hukuman ringan.



Meskipun bersetuju bahawa adalah sesuai untuk melaraskan kuantum denda, Encik Lim Biow Chuan (SMC Mountbatten) menyarankan kehilangan kelayakan itu hanya dikenakan bagi kesalahan berkaitan ketidakjujuran, penipuan atau rasuah, tetapi mungkin tidak bagi, misalnya, kesalahan memandu dengan cuai.



Encik Murali Pillai (SMC Bukit Batok) berkata seorang lelaki yang didapati bersalah mencabul kehormatan seorang wanita di Singapura dikenakan hukuman selama dua minggu dan lima hari.



"Jika seorang AP melakukan salah satu daripada kesalahan ini, dia tidak secara automatik hilang kelayakan," katanya.



Memberi respons kepada saranan Encik Murali, Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing, berkata hilang kelayakan secara automatik berdasarkan hanya pada sabitan tanpa mengambil kira hukuman sebenar tidak sesuai dengan prinsip memastikan kesesuaian (fitness) seseorang menyandang jawatan politik.



"Ini kerana terdapat cabaran yang wujud dalam menyenaraikan kesalahan khusus dan kemudian perlu sentiasa membuat pindaan dokumen asas, seperti perlembagaan agar senarai kesalahan dikemas kini," ujarnya.



Bagaimanapun, melebihi kriteria hilang kelayakan Encik Chan berkata parti politik di Singapura perlu terus memastikan calon dan AP mereka adalah individu yang mempunyai integriti dan menunjukkan standard kelakuan tinggi.



"Akhirnya, pengundi kita yang akan memutuskan di kotak undi kesesuaian seseorang yang mewakili mereka di Parlimen," ujar beliau.




"Akhirnya, pengundi kita yang akan memutuskan di kotak undi kesesuaian seseorang yang mewakili mereka di Parlimen."



- Encik Chan Chun Sing, Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, menekankan parti politik di Singapura perlu terus memastikan calon dan AP mereka adalah individu yang mempunyai integriti dan menunjukkan standard kelakuan tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >