Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah gelandangan di sini kurang sedikit tahun lalu

Golongan ini juga makin 'kurang ketara' dengan ada yang dapat berteduh di tempat perlindungan sementara dan bukan di jalanan awam
Aug 16, 2022 | 05:30 AM



JUMLAH golongan gelandangan di Singapura telah berkurangan sedikit tahun lalu - sedang isu gelandangan sedang meningkat di banyak negara lain di tengah-tengah pandemik Covid-19.



Namun isu gelandangan juga menjadi kurang ketara sedang lebih ramai yang mungkin akan tidur di jalanan kini memilih untuk bermalam di tempat perlindungan sementara.



Tinjauan kedua golongan gelandangan yang dijalankan di serata negara ini mendapati angka itu mencecah 1,036 tahun lalu - 7 peratus lebih rendah berbanding 1,115 sewaktu kiraan pertama seumpama itu pada 2019.



Dapatan itu disifatkan sebagai kajian penting bagi sebuah isu yang tersembunyi daripada perbincangan awam hingga beberapa tahun kebelakangan ini.



Walaupun jumlah keseluruhan telah merosot sedikit, tempat di mana golongan gelandangan menjadikannya tempat bermalam juga telah berubah.



Kiraan jalanan kedua mendapati bahawa mereka yang tidur di jalanan jatuh 41 peratus daripada 1,050 pada 2019 kepada 616 tahun lalu, sementara mereka yang tinggal di tempat perlindungan sementara bagi golongan gelandangan meningkat daripada 65 kepada 420 dalam tempoh yang sama.



Dr Ng Kok Hoe, zamil penyelidik kanan di Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew, menerajui pasukan penyelidik dalam Projek Pemasukan Sosial atau Social Inclusion Project sekolah tersebut untuk menjalankan kiraan itu. Ia dibantu lebih 200 relawan yang turun padang, termasuk melalui 12,000 blok flat, lewat malam antara Februari dengan April tahun lalu untuk mengira jumlah orang yang tidur di ruang awam.



Data bagi jumlah mereka yang tinggal di tempat perlindungan sementara bagi golongan gelandangan, yang diberikan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), dimasukkan buat pertama kali dalam kiraan tahun lalu untuk mendapatkan gambaran lebih menyeluruh mengenai keadaan gelandangan di sini, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Laporan setebal 78 halaman itu dikeluarkan baru-baru ini. Ia bukan sebuah projek pemerintah, sebaliknya dibiayai Yayasan Masyarakat Singapura, kata Dr Ng.



Beliau berkata agensi pemerintah dan relawan mendekati mereka yang tidur merata sewaktu tempoh pemutus rantaian jangkitan dua tahun lalu untuk merujuk mereka kepada tempat perlindungan dan ramai daripada golongan gelandangan, yang juga prihatin tentang kesihatan dan keselamatan mereka, memutuskan untuk ke tempat perlindungan.



Beberapa kumpulan amal dan agama membuka premis mereka untuk golongan gelandangan bermalam, memandangkan permintaan bagi tempat tidur selamat atau Safe, Sound Sleeping Places (S3P) sebegitu meningkat. Dua tempat perlindungan peralihan baru, yang menawarkan tempoh penginapan lebih lama, juga memulakan operasi pada Januari tahun lalu, menurut laporan tersebut.



Faktor-faktor demikian membawa kepada lebih ramai yang berteduh di tempat perlindungan dan berkurangan di jalanan, kata Dr Ng.



Daripada kiraan kedua, golongan gelandangan ditemui tidur di kebanyakan bahagian Singapura - dari Bedok, Jurong West hingga Yishun. Namun lebih ramai ditemui di kejiranan lebih besar, lebih lama dan lebih miskin.



Sekitar 72 orang ditemui tidur di kawasan bandar yang mempunyai jumlah terbesar golongan gelandangan.



Kebanyakan daripada mereka adalah warga emas lelaki dan laporan menyatakan bahawa golongan kecil wanita tidur di jalanan disebabkan keprihatinan mengenai isu keselamatan.



MSF berkata terdapat kemajuan kolektif dan stabil dalam usaha seluruh masyarakat untuk mendekati dan menyokong mereka yang tiada tempat berteduh.



Sejak April 2020, lebih 680 individu gelandangan yang tidur di pelbagai tempat perlindungan beransur ke perumahan jangka lebih panjang.



Sejak April tahun ini, MSF telah bekerjasama dengan rakan dari Rangkaian Rakan dan penasihat akademik untuk merancang kiraan tetap.



Kiraan secara fizikal pertama sedemikian yang diselaras akan dijalankan menjelang akhir tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >