Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah jagaan kesihatan asas CPF naik kepada $68,500 pada suku pertama 2023

CPF
Dec 01, 2022 | 07:58 PM



DEMI memenuhi keperluan asas penjagaan kesihatan bersubsidi pada usia tua, jumlah Penjagaan Kesihatan Asas (BHS) akan dinaikkan daripada $66,000 kepada $68,500 mulai tahun depan (1Jan2023) bagi pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) di bawah umur 65 tahun.


Namun bagi mereka yang berusia 66 tahun dan ke atas tahun depan, tidak akan ada sebarang perubahan pada BHS mereka.


Demikian dinyatakan dalam satu kenyataan bersama Lembaga CPF, Kementerian Kesihatan (MOH) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Khamis. (1 Dis)


BHS ialah anggaran simpanan yang diperlukan bagi keperluan asas penjagaan kesihatan pada usia tua.


Jumlah itu disemak setiap tahun bagi pencarum CPF di bawah 65 tahun supaya dapat memenuhi keperluan penggunaan MediSave yang meningkat.


Namun, apabila pencarum mencapai usia 65 tahun, jumlah BHS mereka akan dikekalkan sepanjang hayat mereka.


“Pencarum CPF yang mempunyai kurang daripada BHS tidak perlu menokok Akaun Medisave (MA) mereka dan masih boleh menggunakan akaun mereka itu untuk membayar perbelanjaan perubatan yang diluluskan,” jelas kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >