Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah kahwin libatkan warga S'pura naik tahun lalu, kelonggaran sekatan Covid-19 antara sebab

Sep 28, 2022 | 05:30 AM



JUMLAH perkahwinan yang melibatkan sekurang-kurangnya seorang warga Singapura bertambah tahun lalu berbanding 2020 antara lain disebabkan langkah pengurusan selamat Covid-19 yang telah dilonggarkan bagi majlis perkahwinan dan membolehkan pasangan meneruskan dengan rancangan mereka untuk berkahwin.



Malah, bilangan perkahwinan itu yang didaftar tahun lalu adalah lebih tinggi berbanding sebelum Covid-19 iaitu pada 2019.



Menurut laporan Sorotan Penduduk 2022 oleh Divisyen Kependudukan dan Bakat Nasional (NPTD) yang dikeluarkan semalam, terdapat 23,433 perkahwinan yang melibatkan sekurang-kurangnya seorang warga Singapura tahun lalu, 20.6 peratus lebih banyak berbanding 19,430 perkahwinan sedemikian pada 2020.



Jumlah perkahwinan yang melibatkan sekurang-kurangnya seorang warga Singapura tahun lalu juga adalah lebih tinggi berbanding sebelum Covid-19 pada 2019, dengan 22,165 perkahwinan sedemikian dicatat pada tahun itu.



"Jumlah perkahwinan yang didaftar pada 2021 meningkat, antara lain disebabkan langkah pengurusan selamat Covid-19 yang dilonggarkan secara bertahap," menurut laporan tersebut.



Laporan itu juga mendedahkan bahawa 29 peratus daripada perkahwinan itu tahun lalu adalah antara seorang warga Singapura dengan penduduk tetap (PR) Singapura atau warga asing.



Daripada enam perkahwinan yang melibatkan sekurang-kurangnya seorang warga Singapura, satu perkahwinan melibatkan pasangan yang berlainan bangsa, sama dengan trend sejak beberapa tahun lalu.



Dalam tempoh lima tahun lalu dari 2017 hingga 2021, terdapat sekitar 22,600 perkahwinan yang melibatkan sekurang-kurangnya seorang warga Singapura setiap tahun secara purata.



Jumlah ini lebih rendah berbanding sekitar 23,300 perkahwinan yang melibatkan sekurang-kurangnya seorang warga Singapura setiap tahun secara purata bagi tempoh lima tahun sebelum itu, iaitu dari 2012 hingga 2016.



"Ini secara umumnya disebabkan jumlah lebih rendah perkahwinan sedemikian pada 2020 apabila sekatan Covid-19 terhadap majlis perkahwinan dilaksana," menurut laporan itu.



Dalam pada itu, kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan warga Singapura juga mengikat tali perkahwinan lambat sedikit tahun lalu berbanding sebelum ini.



Menurut laporan tersebut, usia median pengantin lelaki warga Singapura yang mendaftar perkahwinan pertama mereka tahun lalu ialah 30.3 tahun, lewat sedikit berbanding usia median 30.1 tahun pada 2011.



Usia median pengantin perempuan warga Singapura yang mendaftar perkahwinan pertama mereka tahun lalu pula ialah 28.7 tahun, lewat sedikit berbanding 27.8 tahun pada 2011. - ERVINA MOHD JAMIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >