Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Jumlah kereta, teksi, bas elektrik naik 1 mata peratusan dalam 6 bulan pertama

Jul 28, 2021 | 05:30 AM



JUMLAH kereta, teksi dan bas elektrik yang didaftarkan dalam enam bulan pertama tahun ini bertambah satu mata peratusan bagi kumpulan kenderaan sedemikian berbanding tempoh sama tahun lalu.



Bilangan ini, yang merangkumi 1.3 peratus kenderaan sebegini, adalah kadar lebih lebih tinggi yang signifikan, kata Menteri Pengangkutan S. Iswaran di Parlimen semalam.



Apabila ditanya, beliau tidak memberikan kadar pemilikan kenderaan sedemikian yang dijangka bagi 2022 dan 2023, meskipun beliau berkata kementeriannya menjangka bilangan kenderaan elektrik di sini terus bertambah.



Motosikal elektrik juga sedang diteroka, kata Encik Iswaran.



"Beberapa idea yang sedang diterokai adalah bateri yang boleh ditukar ganti. Ini adalah bidang kerja yang sedang dilaksana dengan rundingan industri," ujar beliau.



Singapura telah melaksana langkah menggalak pemandu beralih ke kenderaan elektrik yang lebih mesra alam dan telah menetapkan matlamat untuk tidak lagi menggunakan kenderaan yang menggunakan bahan api menjelang 2040.



Ini bermakna semua kenderaan harus berjenis hibrid - yang menggunakan elektrik dan bahan api - atau menggunakan elektrik sahaja dalam masa 20 tahun.



Namun, kadar pemilikan kereta elektrik privet, buat masa ini adalah lebih perlahan, sebahagiannya kerana kenderaan elektrik lebih mahal berbanding kenderaan yang menggunakan bahan api dan kurang tempat mengecas kenderaan elektrik di sini.



Encik Iswaran berkata inisiatif seperti Insentif Penggunaan Awal Kenderaan Elektrik (EEAI) dan Skim Pengeluaran Kenderaan (VES) telah mengurangkan jurang harga antara kereta elektrik dengan kereta yang menggunakan bahan api.



EEAI memberikan rebat kepada pembeli kereta elektrik, sementara VES memberikan rebat dan juga mengenakan surcaj lebih tinggi ke atas kenderaan yang dianggap lebih mencemari udara. Singapura telah menetapkan matlamat memasang 60,000 tempat mengecas kenderaan elektrik menjelang 2030, kata Encik Iswaran, yang berkata ini mencukupi untuk memenuhi keperluan mengecas kenderaan elektrik yang dijangka wujud di sini dalam tempoh itu.



Buat masa ini, ada sekitar 2,000 tempat pengecas di sini sementara lagi 600 tempat pengecas di 200 tempat meletak kereta awam akan dipasangkan pada tahun depan.



Encik Shawn Huang (GRC Jurong) bertanya sama ada pemerintah akan menimbangkan tidak lagi menggunakan bas awam yang keseluruhannya menggunakan diesel, sebelum 2040, sebagaimana yang disasarkan.



Menjawab, Encik Iswaran berkata rancangan yang ada pada masa ini memperuntuk supaya tiada bas awam yang keseluruhannya menggunakan diesel di jalan raya sebelum 2040.



"Bas awam digantikan selepas berkhidmat 17 tahun. Dalam tahun-tahun yang akan datang, kami akan terus menyesuaikan prasarana dan proses operasi kami untuk menyokong bilangan bas lebih tinggi yang menggunakan tenaga lebih bersih," kata Encik Iswaran.



Sejak 2020, semua bas awam baru yang dibeli adalah jenis yang menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya atau jenis hibrid.



Pengangkutan darat domestik merangkumi sekitar 15 peratus pengeluaran karbon keseluruhan di Singapura dan pemerintah telah memulakan usaha penting untuk mengurangkan perkara ini, kata Encik Iswaran.



Penggunaan pengangkutan awam dijangka meningkat daripada 64 peratus kepada 75 peratus keseluruhan pengangkutan semasa waktu sibuk menjelang 2030.



Juga, 90 peratus semua perjalanan dalam tempoh itu seharusnya dilengkapkan dengan berjalan, berbasikal, pengangkutan awam atau khidmat pengangkutan dikongsi seperti teksi, kereta sewa privet dan perkongsian kereta menjelang 2040.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >