Sejumlah 455 kes denggi dilaporkan dalam dua mingg pertama tahun ini, peningkatan tiga kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu.
Ini bermakna jumlah kes denggi telah meningkat sejak empat minggu berturut-turut yang lalu, kata Menteri Negara Kanan (Sekitaran dan Sumber Air) Dr Amy Khor.
Menulis di Facebook, Dr Khor berkata suhu cuaca lebih tingi dan corak hujan akibat perubahan iklim mungkin menggalak pembiakan nyamuk dan menyebabkan penyakit yang dibawa nyamuk merebak lebih luas.
Tambah beliau, perbuatan membuang perabot dan barangan rumah menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina, boleh menyebabkann air bertakung dan menambah tempat pembiakan nyamuk.
“Tindakan dan sikap berjaga-jaga masyarakat kekal penting dalam usha menentang denggi,” kata Dr Khor.