Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah kes pandu ketika mabuk naik tahun ini

Dec 25, 2022 | 05:30 AM



JUMLAH kes memandu dalam keadaan mabuk meningkat tahun ini berbanding tahun lalu, namun ia rendah sedikit berbanding tahap sebelum Covid-19.



Dalam sembilan bulan pertama tahun ini, terdapat 118 kes memandu dalam keadaan mabuk yang membawa kepada kematian dan kecederaan.



Ini satu peningkatan berbanding 104 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu, tetapi lebih rendah daripada 123 kes pada tahun sebelumnya, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, sewaktu majlis pelancaran Kempen Anti Memandu Dalam Keadaan Mabuk 2022 pada Khamis lalu.



Mendedahkan perangkaan lanjut, beliau berkata jumlah pesalah yang diberkas kerana memandu dalam keadaan mabuk dalam sembilan bulan pertama tahun ini juga meningkat ke 1,249 daripada 1,088 pada tahun lalu. Namun, ia lebih rendah daripada 1,495 pesalah yang diberkas dalam tempoh sama pada 2019.



Memberi amaran tentang bahaya memandu dalam keadaan mabuk, Dr Faishal menekankan bahawa perbuatan itu bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu sendiri, tetapi juga kehidupan pengguna jalan raya yang lain.



"Anggota keluarga terpaksa menanggung kesedihan kerana kehilangan orang tersayang mereka, dan mungkin sukar mengatasi rasa kehilangan itu sepanjang hayat mereka," ujarnya.



Beliau berkata bahawa masih ada yang meremehkan kesan alkohol, dan memandu walaupun setelah meminumnya.



Namun, jumlah alkohol yang sedikit pun boleh meningkatkan kemungkinan seseorang terlibat dalam kemalangan, katanya.



Beliau memuji Majlis Keselamatan Jalan Raya Singapura (SRSC) atas usaha mereka memperjuangkan keselamatan jalan raya dan berkata usaha untuk menggalak orang ramai agar menjauhi perbuatan memandu dalam keadaan mabuk perlu diteruskan.



Untuk mengatasi isu tersebut, Dr Faishal berkata semua orang, termasuk pemandu memainkan peranan.



Dengan tagline kempen tahun ini berbunyi 'Minum atau Pandu, Anda Putuskan', Dr Faishal memberi peringatan bahawa pemandu perlu bertanggungjawab membuat pilihan antara minum alkohol dengan memandu, dan tidak melakukan kedua-duanya serentak.



Mereka yang tidak memandu juga mempunyai peranan dalam mengingatkan rakan-rakan mereka agar elak minum alkohol dan kemudiannya memandu.



"Keselamatan peribadi anda adalah amat penting. Jika rakan anda yang telah meminum alkohol ingin tumpangkan anda, tolong tolak tawaran mereka dan halang mereka daripada memandu.



"Anda juga boleh mengambil langkah selanjutnya dan membantu mengaturkan pengangkutan alternatif supaya rakan anda pulang ke rumah dengan selamat," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >