Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah murid tadika MOE bertambah stabil, pendaftaran K1 2023 dibuka 4 Feb

Jan 31, 2022 | 05:30 AM



KEMASUKAN ke tadika Kementerian Pendidikan (MOE) telah bertambah dengan stabil sepanjang beberapa tahun dengan lebih banyak pusat dibuka setiap tahun.



Ia bermula pada 2014 dengan 250 murid di lima pusat dan kini mempunyai 7,500 pelajar Tadika 1 dan 2 yang terdaftar di 43 tadika.



Lima lagi akan dibuka pada 2024 dan dua pada 2025, menjadikan jumlah keseluruhan 57 pusat menyediakan kira-kira 7,900 tempat bagi Tadika 1 (K1), lapor akhbar The Straits Times.



Ibu bapa berminat mendaftarkan anak mereka bagi program K1 tahun depan boleh berbuat demikian di laman web tadika MOE dari Jumaat ini hingga 8 Februari.



Pendaftaran dibuka kepada kanak-kanak yang lahir antara 2 Jan 2018 dan 1 Jan 2019, dan merupakan warga atau Penduduk Tetap (PR) Singapura.



Pemohon akan menerima keputusan permohonan mereka melalui e-mel selewat-lewatnya pada 31 Mac.



Tadika MOE bermula dengan matlamat meningkatkan mutu pendidikan awal kanak-kanak dan menyediakan pendidikan prasekolah bermutu dan dimampui.



Matlamat lain ialah membangunkan amalan terbaik dalam pendidikan awal kanak-kanak, contohnya falsafah seperti membiarkan kanak-kanak belajar melalui bermain, dan berkongsi amalan terbaik itu dengan prasekolah lain.



Sepanjang beberapa tahun, tadika MOE telah memperkenal pelbagai program untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang berbeza, termasuk program bagi kanak-kanak kurang upaya pendengaran di pusat Mayflower.



Ia adalah salah satu daripada tujuh prasekolah yang merintis sokongan dalam sekolah bagi keperluan pembangunan.



Enam lagi prasekolah sedemikian dikendalikan oleh Yayasan Masyarakat PAP (PCF), NTUC First Campus dan Busy Bees Singapore.



Bagi menyediakan kanak-kanak untuk darjah satu, kurikulum juga merangkumi komponen pembelajaran berasaskan pengalaman selama lima minggu di mana kanak-kanak boleh mengetahui tentang kehidupan di sekolah rendah dan mempelajari rutin serta pengalaman yang boleh dijangka dalam darjah satu.



Suri rumah Norasyikin Ja'afar, 31 tahun, yang mempunyai tiga anak perempuan kurang pendengaran mendaftarkan anak bongsunya, Azza Darwisya Lee, enam tahun, di pusat tadika MOE di Mayflower.



"Saya sangat gembira mendengar tentang sekolah ini. Ini adalah kali pertama salah seorang anak saya boleh pergi ke prasekolah biasa.



"Pusat itu mempunyai guru bahasa isyarat yang boleh mengajar dan membantunya, jadi ia memberi manfaat kepadanya.



"Anak saya tidak sabar hendak pergi ke sekolah setiap hari, malah bertanya kepada saya apakah kelas diadakan pada hari Ahad juga," kata Cik Nora, yang suaminya seorang jurutera teknologi maklumat.



Dua lagi anak beliau, kedua-duanya perempuan, berumur tujuh dan 10 tahun, menghadiri Sekolah Rendah Mayflower, yang juga mempunyai program kehilangan pendengaran.



Beliau juga mempunyai seorang anak lelaki berusia lima tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >