Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah nahas jalan raya untuk 6 bulan pertama naik 4.9%

Kemalangan berkaitan pandu laju, dalam keadaan mabuk juga bertambah: Faishal
Oct 16, 2022 | 05:30 AM



JUMLAH kemalangan jalan raya meningkat 147 kes atau penambahan 4.9 peratus mencapai 3,159 kes untuk enam bulan pertama tahun ini - berbanding 3,012 kes yang direkodkan bagi tempoh sama tahun lalu.



Menzahirkan keprihatinannya, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata jumlah kemalangan berkaitan memandu laju serta orang yang ditangkap kerana memandu dalam keadaan mabuk juga meningkat.



Menurut beliau, perangkaan Pasukan Polis Singapura (SPF) pada September tahun ini mendapati, kemalangan akibat memandu laju meningkat 2,811 kes atau penambahan 4.2 peratus, daripada 66,480 kes antara Januari hingga Jun 2021 kepada 69,291 kes bagi tempoh sama tahun ini.



Dr Faishal mengetengahkan keseriusan permasalahan ini semasa berucap di Majlis Jamuan Malam Gala Majlis Keselamatan Jalan Raya Singapura (SRSC) kelmarin.



Kata Dr Faishal, setiap kematian atau kemalangan "masih terlalu banyak" dan semua pengguna jalan raya perlu memainkan peranan menjaga keselamatan di jalan raya.



"Pendidikan awam dan perkongsian yang kukuh kekal menjadi strategi utama memastikan jalan raya kita lebih selamat.



"SRSC telah mengambil peranan utama dalam bidang ini dengan mengadakan pelbagai program menyasarkan kumpulan seperti kanak-kanak, warga emas dan penunggang motosikal," kata Dr Faishal.



Untuk terus mengadakan program pendidikan keselamatan jalan raya, SRSC telah menganjurkan gala pengumpulan dana makan malam pertama sejak wabak Covid-19. Semasa acara tersebut, mereka berjaya mengumpul sebanyak $550,000.



Awal Februari ini pula SRSC telah mengumpulkan sebanyak $186,000 semasa acara Mengumpul Dana Golf.



Selain mengumpul dana, acara itu turut mengiktiraf beberapa pemain industri yang berusaha melaksanakan langkah-langkah keselamatan bagi memastikan pemandu kenderaan mereka selamat di jalan raya.



Salah satu syarikat itu adalah Vac-Tech Engineering Pte Ltd, sebuah syarikat perindustrian pengurusan sisa, yang telah memenangi Anugerah Kecemerlangan dalam Anugerah Syarikat, kategori Kenderaan Barangan Berat.



Syarikat itu telah melaksanakan keperluan keselamatan seperti memasang pengehad kelajuan dan cermin untuk ruang terlindung di dalam kenderaan mereka - langkah-langkah yang turut menyumbang kepada peningkatan dalam rekod keselamatan syarikat.



Antara penerima Anugerah Pemandu Selamat adalah Encik Law Pit Soon, kakitangan dari Call Lade Enterprise, dalam kategori Kenderaan Barangan Ringan.



Encik Law telah melaksanakan tugasnya dengan berhati-hati dan mengekalkan rekod keselamatan memandu yang bersih tanpa sebarang kemalangan sepanjang empat tahun bekerja di syarikat itu.



Mengulas tentang pencapaian ini, SRSC berkata:



"Setiap orang boleh memainkan peranan mereka dengan menjaga keselamatan mereka sendiri dan orang lain, semasa di jalan raya, sama ada pemandu atau pejalan kaki.



"Kita boleh mencapai rekod keselamatan yang lebih baik apabila semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas, mengambil berat tentang pengguna jalan raya lain dan memberi laluan kepada orang lain," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >