Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah nahas jalan raya untuk 6 bulan pertama tahun ini naik berbanding Jan-Jun 2021

Oct 15, 2022 | 05:30 PM



JUMLAH kes kemalangan jalan raya sepanjang enam bulan pertama tahun ini meningkat 4.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.



 



Pada masa yang sama, jumlah pelanggaran berkaitan memandu laju serta orang yang ditangkap kerana memandu dalam keadaan mabuk juga meningkat, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.


Pelanggaran berkaitan memandu laju telah meningkat sebanyak 4.2 peratus, daripada 66,480 pada separuh pertama tahun lalu, kepada 69,291 pada separuh pertama tahun ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) pada September tahun ini.


Dr Faishal mengongsi keprihatinannya semasa berucap di majlis makan malam anjuran Majlis Keselamatan Jalan Raya Singapura (SRSC) pada Jumaat (14 Okt).


Kata Dr Faishal, setiap kematian atau kemalangan masih dianggap “terlalu banyak” dan semua pengguna jalan raya memainkan peranan masing-masing dalam menjaga keselamatan jalan raya.


“Pendidikan awam dan perkongsian yang kukuh kekal sebagai strategi utama untuk memastikan jalan raya yang lebih selamat, dan SRSC telah mengambil peranan utama dalam bidang ini, dengan pelbagai program menyasarkan kepada kumpulan yang terdedah seperti kanak-kanak, warga emas dan penunggang motosikal,” kata Dr Faishal.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >