Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah peguam Melayu/Islam tinggalkan kerjaya kurang dari kadar nasional

Jan 17, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN ada segelintir peguam muda Melayu/Islam yang meninggalkan kerjaya mereka, namun jumlahnya kurang berbanding kadar yang dilaporkan di peringkat nasional.



Ini kerana bidang guaman yang biasanya menghadapi tekanan lebih tinggi, seperti komersial dan sivil, kurang disertai peguam Melayu/Islam, kata Presiden Persatuan Peguam Islam (AML) dan peguam veteran, Encik Noor Mohamed Marican.



Namun, beliau akui cabaran dan tekanan yang dihadapi peguam, terutama sekali peguam muda yang masih menyesuaikan diri dalam sektor itu, amat tinggi tidak kira bidang guaman dan ada yang memutuskan untuk menceburi kerjaya lain dengan rentak yang lebih perlahan, tambah Encik Noor, yang mengendalikan firma guaman beliau sendiri Marican & Associates.



Ia dilaporkan baru-baru ini bahawa jumlah peguam yang meninggalkan kerjaya undang-undang tahun lalu memecah rekod, lantas mencetuskan keprihatinan Persatuan Guaman.



Jumlah peguam yang meninggalkan kerjaya itu merupakan yang tertinggi dalam lima tahun iaitu 538, berbanding antara 380 dengan 430 sepanjang empat tahun lalu.



Menurut Encik Noor, berdasarkan pengamatannya, jumlah peguam Melayu yang mengendalikan kes-kes komersial dan sivil kurang berbanding kes-kes seperti keluarga atau jenayah.



"Ada di kalangan peguam muda Melayu yang mengendaikan kes-kes Syariah, dan biasanya tekanan bagi kes-kes ini kurang dan mereka mampu bertahan. Tetapi jika anda kendalikan kes komersial, tekanannya lebih tinggi kerana anda yang diberikan tempoh singkat untuk kendalikan kes seperti itu," katanya.



Tekanan tersebut meningkat jika peguam muda tersebut memulakan kerjaya mereka dalam firma guaman besar, yang biasanya menawarkan gaji lebih tinggi kerana jangkaan yang diletakkan terhadap peguam muda untuk terus menunjukkan kelakonan dengan cemerlang, kata Encik Noor yang telah berkecimpung dalam bidang tersebut selama 46 tahun.



Encik Noor Mohamed Marican menekankan pentingnya peguam lebih berpengalaman menjadi pembimbing kepada peguam muda dan biasanya latihan atau 'mentorship' itu boleh mengambil masa lebih 10 tahun.



Namun, secara realistik, beliau berkata firma guaman besar tidak mampu melakukan demikian disebabkan tuntutan dunia komersial yang memerlukan semua tugas untuk dilakukan dengan pantas dan cekap.



Disebabkan tekanan itu, ada yang memilih untuk mengubah haluan untuk menceburi bidang lain.



"Tekanan yang dihadapi mendorong mereka menceburi bidang lain.



"Walaupun mereka mungkin tidak lagi ingin menjadi peguam mereka mungkin masih tetap kekal dalam bidang undang-undang kerana pelbagai laluan yang tersedia sekarang yang mungkin lebih sesuai dengan apa yang mereka inginkan dalam kerjaya mereka," kata Encik Noor.



Dalam respon mereka kepada pertanyaan Berita Harian (BH), beberapa bekas peguam muda berkata antara sebab utama mereka meninggalkan kerjaya sebagai peguam adalah untuk mencari fleksibiliti yang lebih tinggi serta keseimbangan dalam kehidupan dan juga kerjaya.



Pada masa yang sama, pandemik Covid-19 juga mendorong mereka untuk menilai dan mempertimbang semula keutamaan hidup dan kerjaya mereka.



Kelahiran anaknya di tengah-tengah pandemik Covid-19 dua tahun lalu mendorong Encik Khairul Ashraf Khairul Anwar, 30 tahun, untuk mempertimbang keputusan kerjayanya.



Selepas sekitar dua tahun bekerja sebagai peguam dalam sebuah firma guaman, beliau memutuskan untuk menubuhkan firma sendiri, Sumpter Legal, yang antaranya menyediakan khidmat memadankan bakat guaman berdasarkan keperluan pelanggan.



Menyentuh jumlah peguam muda yang meninggalkan kerjaya mereka tahun ini, Encik Khairul berkata:



"Ramai yang mempertimbang semula keputusan mereka. Bagi saya Covid-19 menimbulkan kesedaran bahawa akan tiba masanya anda perlu buat keputusan yang akan menentukan kehidupan anda dan keluarga.



"Saya memilih untuk mencari keseimbangan antara kerjaya, keluarga dan keutamaan yang lain."



Fleksibiliti serta keseimbangan dalam kerjaya dan kehidupan juga menjadi dorongan utama bagi Cik Amalina Kamal, 31 tahun berhenti berkhidmat di firma guaman.



Namun, beliau dan suami, Encik Haziq Ika, yang juga mempunyai pengalaman sebagai peguam, tidak meninggalkan kerjaya sebagai peguam dan telah membuka firma guaman sendiri, Ika Law, dua tahun lalu.



Menurut Cik Amalina, ibu kepada dua anak berusia tiga tahun dan lapan bulan, idea tersebut tercetus selepas kelahiran anak pertama mereka.



"Pada masa itu, untuk berkhidmat sebagai peguam dan menjadi ibu dan bapa yang terlibat pada masa yang sama hanya cerita dongeng, disebabkan budaya industri ini yang biasanya memerlukan anda untuk memilih antara kededuanya.



"Namun, saya dan suami bersetuju ini tidak wajar dan dengan membuka firma sendiri, kami boleh memilih jumlah dan jenis kes yang kita ingin kendalikan dan pada masa yang sama memiliki fleksibiliti untuk meluangkan masa bersama anak-anak kami."




"Tekanan yang dihadapi mendorong mereka menceburi bidang lain.



Walaupun mereka mungkin tidak lagi ingin menjadi peguam, mereka mungkin masih tetap kekal dalam bidang undang-undang kerana pelbagai laluan yang tersedia sekarang yang mungkin lebih sesuai dengan apa yang mereka inginkan dalam kerjaya mereka.''
- Presiden Persatuan Peguam Islam (AML), Encik Noor Mohamed Marican.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >