Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah pekerja sosial catat peningkatan stabil

Pekerja sosial hulur 'campur tangan' penting bantu masyarakat: MSF
Mar 23, 2021 | 05:30 AM



JUMLAH pekerja sosial yang berdaftar tumbuh pada kadar tahunan 6 peratus sepanjang lima tahun lalu, dengan terdapat sejumlah 2,120 pekerja sosial berdaftar sehingga tahun lalu.



Menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), pertumbuhan itu adalah hasil daripada jumlah penuntut yang bertambah dalam program kerja sosial peringkat diploma siswazah dan sarjana muda kendalian Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).



MSF berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Berita Harian sempena sambutan Hari Pekerja Sosial minggu lalu.



Menjelaskan tentang peranan pekerja sosial dalam masyarakat, MSF menarik perhatian bahawa pekerja sosial menyediakan campur tangan yang bersifat membangun, mencegah dan memulih dengan menggunakan prinsip, pengetahuan dan kemahiran bidang tugasan mereka.



"Mereka memainkan peranan utama dalam merangsang kehidupan individu dan keluarga yang memerlukan, dengan memastikan individu dan keluarga ini mempunyai akses kepada sumber (seperti kewangan atau bantuan lain) dengan menyediakan sokongan sosial dan emosi.



"Pekerja sosial juga memainkan peranan penting dalam melindungi keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami penderaan atau diabaikan serta mereka yang dalam proses pemulihan atas kelakuan yang salah serta bekas pesalah.



"Pekerja sosial berusaha untuk merapatkan jurang sosial dan membina sebuah masyarakat di mana semua orang boleh mengakses peluang untuk berjaya dalam kehidupan," ujar MSF.



Sementara itu, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata dalam Singapura menghadapi masa mencabar sejak setahun lalu dengan berdepan cabaran daripada pengangguran kepada isu kesihatan mental, pekerja sosial telah bangkit dengan penuh cekal.



Golongan itu menghasilkan huraian baru dan kreatif bagi menyesuaikan diri dengan perubahan serta menyatukan masyarakat untuk menyokong mereka yang memerlukan, kata beliau.



"Di pusat sistem sosial kita, pekerja sosial telah memainkan dan akan terus memainkan peranan penting bagi membolehkan negara kita mengatasi cabaran ini... Pekerja sosial dan masyarakat akan terus membina masyarakat yang lebih kukuh, penyayang dan inklusif.



"Marilah kita perkasakan satu sama lain melalui cara selamat dan inovatif bagi memperkukuhkan lagi kompak sosial kita," kata Encik Masagos dalam satu pos Facebook baru-baru ini, sempena Hari Pekerja Sosial.



Sehubungan itu, MSF berkata, memandangkan struktur keluarga yang berubah serta penduduk semakin menua, pekerja sosial perlu memberi lebih banyak tumpuan kepada kerja pembangunan dan pencegahan untuk individu dan keluarga memerlukan.



Ini termasuk sokongan untuk pasangan yang melalui isu rumah tangga dan perceraian serta penjaga yang harus mengimbangi tanggungjawab mereka dalam menjaga warga tua dan anak-anak.



"Dalam pandemik sekarang, pekerja sosial juga menyokong benefisiari dan keluarga beralih ke fasa seterusnya dalam kehidupan mereka," ujar MSF.



Ini termasuk menyokong benefisiari untuk meningkatkan kemahiran, daya tahan kesihatan mental dan memastikan kanak-kanak daripada keluarga bergaji rendah memiliki sumber digital mencukupi untuk pembelajaran dalam talian.



Bagi menarik dan mengembangkan bakat dalam sektor itu, pelbagai inisiatif diperkenalkan.



Ini termasuk penghasilan Rangka Kerja Kemahiran untuk Khidmat Sosial pada 2019 - yang antaranya menyediakan maklumat mengenai laluan kerjaya; skim untuk pekerja sosial seperti Program Pembangunan Kepimpinan dan penerbitan panduan gaji dalam sektor oleh MSF dan Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCCS) bagi agensi menetapkan gaji kompetitif untuk kakitangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >