Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah penumpang MRT di CBD pada pagi hari kerja berkurang

Menurut LTA, ini ekoran aturan kerja fleksibel yang berterusan memacu perubahan corak perjalanan
Dec 21, 2022 | 05:30 AM



BILANGAN penumpang yang keluar dari stesen MRT di kawasan pusat bandar (CBD) semasa waktu sibuk pagi hari bekerja dari Januari hingga Oktober adalah sekitar separuh daripada paras sebelum Covid-19, dengan aturan kerja fleksibel yang berterusan memacu perubahan dalam corak perjalanan.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata data tiket juga menunjukkan puncak lebih rendah sedikit dalam jumlah penumpang yang menaiki pengangkutan awam semasa waktu sibuk pagi dan petang, sedang jumlah keseluruhan penumpang bas dan kereta api pada Oktober lalu kekal lebih rendah berbanding Oktober 2019.



Dalam 10 bulan pertama 2022, purata 1.22 juta perjalanan dibuat setiap hari bekerja dengan bas dan kereta api semasa waktu sibuk pagi - 77.8 peratus daripada 1.57 juta perjalanan yang dibuat setiap pagi hari bekerja dalam tempoh yang sama tiga tahun lalu.



Jumlah penumpang sepanjang hari seluruh minggu, termasuk hujung minggu, mencatatkan pemulihan lebih baik sedikit, dengan purata 6.31 juta perjalanan setiap hari yang dibuat dengan pengangkutan awam dari Januari hingga Oktober - sekitar 81.5 peratus daripada jumlah penumpang harian sebelum pandemik melanda.



Ini walaupun sekatan Covid-19 telah dilonggarkan pada April lalu, yang menghapuskan had perhimpunan sosial dan bilangan pekerja yang dibenarkan kembali ke tempat kerja.



Menurut laporan The Straits Times, data yang diberikan LTA itu memberi gambaran kepada komen yang dibuat oleh Timbalan Ketua Eksekutif (Prasarana dan Pembangunan) LTA, Encik Chua Chong Kheng, semasa perbincangan panel pada awal November di Kongres dan Pameran Pengangkutan Antarabangsa Singapura (SITCE).



Encik Chong ketika itu berkata bahawa perjalanan menaiki pengangkutan awam antara daerah di luar CBD, berbanding perjalanan ke CBD, telah meningkat berbanding sebelum pandemik itu.



Semasa perbincangan panel SITCE yang sama, eksekutif daripada pengendali pengangkutan awam di negara lain turut menekankan perubahan dalam corak berulang-alik di bandar mereka disebabkan Covid-19 dan langkah ke arah kerja fleksibel.



Encik Brieuc De Meeus, Ketua Eksekutif STIB-MIVB, pengendali pengangkutan awam di Brussels, berkata terdapat perubahan dalam jenis perjalanan yang dibuat dengan pengangkutan awam di ibu kota Belgium dan profil penumpang pengangkutan awam dari perniagaan ke tempat sosial.



Beliau berkata jumlah penumpang pengangkutan awam di Brussels melebihi paras pra-Covid-19 pada hari Sabtu. Tetapi pada hari-hari lain, seperti Selasa dan Khamis, jumlah penumpang turun di bawah 90 peratus tahap prapandemik.



Ditanya sama ada terdapat trend yang sama di Singapura, LTA berkata pengagihan penumpang pengangkutan awam mengikut hari dalam seminggu dan masa dalam sehari secara amnya serupa dengan corak perjalanan sebelum Covid-19.



"LTA masih memantau keadaan, dan akan menyemak semula langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan beban maksimum semasa waktu sibuk dan menggalak perjalanan di luar waktu sibuk," kata jurucakap LTA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >