Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan - EHWAL MASYARAKAT ISLAM: MEMPERKUKUH JAGAAN MASYARAKAT

Jumlah relawan M³ meningkat

Maliki: Sejajar lebih banyak sokongan tarik sukarelawan dari semua lapisan masyarakat, bina keupayaan
Mar 11, 2022 | 09:10 AM



JUMLAH sukarelawan M Kuasa Tiga (M³) bagi menyokong keluarga lemah meningkat kepada 700 orang pada tahun lalu, berbanding 500 pada 2020.



Ini sejajar dengan sokongan yang semakin meningkat untuk menarik sukarelawan daripada semua lapisan masyarakat dan membina keupayaan mereka.



Bercakap semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai ehwal masyarakat Islam semalam, Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, mengumumkan bahawa Pejabat Penyelarasan Pelibatan M³ (M³ ECO) akan menganjurkan satu lagi edisi 'Forum M³' pada separuh pertama tahun depan.



Ini bagi melengkapi sukarelawan dengan kecekapan menjalankan peranan mereka dengan lebih berkesan.



Menjelaskan, Dr Maliki berkata meskipun dengan sekatan Covid-19, bandar-bandar M³ telah cemerlang dalam berkhidmat kepada masyarakat.



Pada masa yang sama, Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (Mesra) Persatuan Rakyat (PA) berkongsi bahawah dengan memanfaatkan rangkaian meluas di merata 11 M³@Bandar, sukarelawan seramai 700 orang telah bekerjasama dengan satu sama lain untuk melibatkan dan menyokong penduduk menerusi pelbagai program yang bermanfaat kepada masyarakat.



Sejumlah 77 inisiatif juga telah dijalankan oleh M³@Bandar pada tahun lalu, dengan memanfaatkan lebih 53,000 penduduk.



Menurut Dr Maliki, M³@Bandar juga menyokong penduduk menerusi inisiatif dari masyarakat seperti 'Jom Surf!', yang melengkapi warga emas dengan kemahiran celik digital.



Program itu yang bertujuan mendekati golongan yang sukar mengikuti perkembangan teknologi, telah memanfaatkan sekitar 100 peserta sejauh ini sejak dilancarkan pada bulan lalu.



Dalam pada itu, mengumumkan tentang penganjuran 'Forum M³ seterusnya pada separuh pertama tahun depan selepas sesi terakhir pada 2020, Dr Maliki berkata bahawa forum itu menghimpunkan sukarelawan dari pelbagai bandar dan program untuk menjalin rangkaian, berkongsi idea dan amalan terbaik.



"Perkongsian serupa ini adalah penting kerana sukarelawan dapat belajar dari satu sama lain dan memanfaatkan kepakaran bagi memperbaiki kemahiran untuk memberi khidmat lebih baik kepada masyarakat.



"Ini akan membantu meningkatkan keupayaan sukarelawan kita dan kemudian, merangsang mutu keseluruhan bagi penjagaan keluarga," terang beliau.



Dalam ucapannya, Dr Maliki menekankan betapa pentingnya peranan sukarelawan.



"Tanpa sokongan masyarakat, kesan program kami dalam merangsang golongan yang lemah, akan terbatas.



"Sukarelawan kita memainkan peranan penting dalam mendekati keluarga untuk memahami keprihatinan mereka, menjalankan penilaian keperluan dan mendampingi mereka," kata beliau sambil melahirkan rasa terima kasih kepada para sukarelawan.



Bagi meluaskan rangkaian penjagaan, terutama bagi keluarga yang mempunyai kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah, yang menetap di flat sewa, lebih ramai sukarelawan diperlukan, menurut Dr Maliki.



Lantaran itu, beliau menggesa lebih ramai anggota masyarakat supaya tampil menyumbang dalam apa sahaja cara yang termampu.




 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >