Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah warga tua dalam isi rumah, tinggal sendirian meningkat

Jun 19, 2021 | 05:30 AM



JUMLAH isi rumah dengan sekurang-kurangnya satu anggota berusia 65 tahun dan ke atas telah meningkat kepada 34.5 peratus pada 2020, berbanding 24.1 peratus pada 10 tahun lalu.



Bilangan warga tua yang tinggal bersendirian juga telah berganda dalam tempoh yang sama - naik daripada 27,900 kepada 63,800 orang.



Demikian menurut dapatan bahagian kedua laporan dua bahagian Banci Penduduk 2020 yang dikeluarkan Jabatan Statistik Singapura (DOS) semalam.



Bahagian pertama telah dikeluarkan pada Rabu lalu.



Buat pertama kali, laporan semalam juga mendedahkan bahawa hampir 98,000 atau 2.5 peratus daripada penduduk berusia lima tahun dan ke atas tidak dapat melakukan atau mengalami kesukaran melakukan sekurang-kurangnya satu kegiatan asas.



Kegiatan ini termasuk melihat, mendengar, berjalan, menumpu perhatian, memakai pakaian atau berkomunikasi.



Daripada jumlah itu, 69,400 penduduk berusia 65 tahun dan ke atas.



Ia mendapati bahawa 62,500 penduduk mengalami cabaran mobiliti seperti berjalan dan naik tangga, sementara kumpulan kedua terbesar - 32,100 penduduk - menunjukkan bahawa mereka tidak dapat melakukan atau mengalami banyak kesukaran untuk melakukan aktiviti penjagaan diri seperti membersihkan diri atau memakai pakaian.



Ini adalah kali pertama banci itu mengumpul data penduduk yang mengalami kesukaran di Singapura, yang kini mempunyai penduduk yang semakin menua.



Secara keseluruhan, 150,000 isi rumah ditinjau dalam laporan 2020 itu.



Daripada 97,600 penduduk yang mengalami kesukaran di enam domain - melihat, pendengaran, mobiliti, penjagaan diri, komunikasi dan menumpu perhatian atau mengingat - 69,400 penduduk adalah mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas, atau 11.2 peratus daripada semua penduduk warga tua.



Banci itu juga menunjukkan bahawa kira-kira sembilan daripada 10 penduduk warga tua tinggal bersama seorang anggota keluarga, seperti pasangan atau anak mereka.



Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, berkata data yang dikumpul dalam bahagian ini akan membantu dalam keputusan dasar pada masa akan datang mengenai perumahan dan kemudahan penjagaan.



Sebagai contoh, ia akan membantu dalam merancang jumlah dan jenis kemudahan penjagaan yang ada - seperti pusat aktiviti warga tua atau kemudahan penjagaan berasaskan di rumah - di dalam estet.



"Penduduk kita semakin menua. Kami telah mengatakan bahawa pada 2030, satu daripada empat orang akan berusia 65 tahun dan ke atas. Ini akan mempunyai pelbagai implikasi dasar bagi kami," tambah Cik Indranee, yang mengawasi Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional.



Dari segi jantina, lebih 12 peratus wanita berusia 65 tahun ke atas tidak dapat melakukan atau mengalami kesukaran melakukan sekurang-kurangnya satu kegiatan asas, berbanding sekitar 9 peratus lelaki dalam kumpulan usia yang sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >