Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jurang harga minyak gred rendah, tinggi mengecil

Apr 29, 2022 | 05:30 AM



JURANG harga antara minyak oktana rendah dengan tinggi semakin mengecil sedang syarikat minyak cuba menarik pemandu kembali membeli gred minyak lebih mahal meskipun harga minyak mencapai rekod tinggi.



Menurut laman yang memantau harga pam minyak Fuel Kaki yang dimulakan Persatuan Pengguna Singapura (Case), harga minyak oktana lebih rendah masih meningkat sementara harga minyak oktana tinggi sama ada stabil atau turun sedikit, lapor The Straits Times.



Di Caltex, minyak 92-oktana gred lebih rendah kini $3.06 seliter - enam sen lebih tinggi berbanding dua minggu lalu, dan harga paling tinggi pernah dicapai gred itu di sini.



Esso dan SPC, dua lagi pengendali lain yang menawarkan minyak 92-oktana di sini, mengekalkan harga pada $3 seliter.



Gred minyak ini berharga $2.95 di SPC dan $3 di Esso dan Caltex dua minggu lalu, dan berharga seragam $3 pada bulan lalu.



Minyak 95-oktana yang popular kini berharga antara $3.03 (SPC) dengan $3.11 (Caltex, Shell) seliter - naik daripada antara $2.99 (SPC) dengan $3.05 (Shell) dua minggu lalu.



Apabila minyak mentah berharga AS$130 setong bulan lalu, harganya antara $3.03 dengan $3.23.



Penanda aras minyak mentah Brent kini berharga sekitar AS$103 setong.



Sementara itu, harga minyak 98-oktana kini $3.51 di Esso, Sinopec dan SPC, dan $3.60 di Shell.



Dua minggu lalu, harganya antara $3.47 (Sinopec, SPC) dengan $3.54 (Shell).



Bulan lalu, harga 98-oktana adalah antara $3.51 (Sinopec, SPC dan Esso) dengan $3.72 (Shell).



Oleh itu, jurang harga paling kecil antara 92-oktana dengan 98-oktana kini 45 sen seliter berbanding 47 sen dua minggu lalu dan 51 sen pada bulan lalu.



Namun, jurang antara minyak 92-oktana dengan 95-oktana paling murah kekal malar pada tiga hingga empat sen.



Malah, sebelum kenaikan harga pam baru-baru ini, yang dicetuskan oleh isu pengeluaran dan rantaian bekalan dan diburukkan lagi oleh serangan Russia ke atas Ukraine, pengguna telah beralih daripada minyak oktana tinggi.



Menurut anggaran Jabatan Statistik, minyak 98-oktana membentuk hanya 25 peratus daripada penjualan pam minyak pada 2017 - turun daripada 55 peratus pada 2005.



Selepas diskaun, Esso menawarkan minyak termurah, dengan harga 92-oktana ialah $2.46 seliter (dengan kad DBS Esso).



Caltex, yang sebelum ini mempunyai minyak termurah, kini mempunyai harga dua sen lebih tinggi pada $2.48 (kad OCBC Voyage). Ia juga mempunyai harga 92-oktana paling tinggi pada $2.63 (kad Unlimited Cashback).



Bagi minyak 95-oktana, Sinopec menawarkan harga termurah pada $2.38 (kad OCBC) tetapi ia mempunyai hanya tiga stesen. Dalam kalangan pengendali dengan rangkaian yang besar, Esso mempunyai tawaran terbaik pada $2.49 seliter (kad DBS Esso).



Kadar 95-oktana tertinggi ialah $2.80 di Shell (kad UOB One).



Harga 98-oktana terendah ialah di Sinopec pada $2.76 (kad OCBC), $2.88 di Esso (kad DBS Esso) dan yang tertinggi di Shell pada $3.24 (kad UOB One).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >