Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM WATAN

Jururawat yang turut jadi pendidik

Turut latih kru kabin syarikat penerbangan
Sep 11, 2022 | 08:08 AM



RAMAI yang mungkin menganggap tugas sebagai jururawat hanya menjaga pesakit, tetapi ada juga jururawat yang memainkan peranan menyampaikan ilmu serta mencetus inspirasi kepada jururawat lain - persis seorang guru.



Sebagai preseptor dan jurulatih klinik di Hospital Masyarakat Sengkang (SKCH), Jururawat Staf Kanan, Cik Sarena Rahim, mengajar serta memberi bimbingan kepada jururawat, kakitangan sokongan serta pelajar kejururawatan mengenai amalan klinik standard.



Beliau juga membantu pendidik jururawat semasa orientasi, latihan kemahiran serta penilaian kecekapan.



Cik Sarena, kini 38 tahun, berpengalaman menjadi jurulatih klinik sejak sekitar sembilan bulan lalu, dan sebelum ini sebagai jururawat selama 14 tahun.



Beliau tertarik menyertai bidang jururawat setelah meraih pengalaman menjaga ibunya yang mengalami angin ahmar semasa beliau berusia 15 tahun.



"Ia bukan satu perkara yang mudah tetapi melalui pengalaman itu, saya belajar cara untuk menjaga orang yang disayangi.



"Sebagai seorang jururawat, saya boleh menjaga orang lain, serta orang yang disayangi yang memerlukan bantuan," kata Cik Sarena.



Setelah meraih Nitec dalam kejururawatan, beliau mula bekerja di Hospital Tan Tock Seng selama lapan tahun, dan kemudian ditaja untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma.



Sejak 2018, beliau bekerja di SKCH dan meraih Diploma Lanjutan dalam Kejururawatan Gerontologi pada 2019, ditaja oleh Hospital Masyarakat SingHealth.



Gerontologi adalah kajian tentang proses penuaan serta masalah yang dihadapi orang tua.



Semasa menjalani latihan sebagai jururawat, beliau selalu kagum melihat jururawat yang turut berperanan sebagai pendidik.



Pendidik jururawat dan jurulatih klinik akan melawat wad serta mengajar dalam kumpulan kecil, sambil membantu jururawat lain untuk menjaga pesakit mereka.



"Kini sebagai satu cara untuk menyumbang kembali kepada jururawat lain dan jururawat pada masa depan, saya berharap untuk mengongsi apa yang saya telah pelajari dan alami untuk mencapai matlamat utama kami - iaitu memberi penjagaan yang bermutu kepada pesakit," kata Cik Sarena.



Beliau menyertai kursus selama tiga bulan dan menjalani latihan sebelum menjalankan tugas sebagai jurulatih klinik.



Baru-baru ini, beliau berpeluang melatih kru kabin syarikat penerbangan SIA yang membantu di SKCH sebagai Sekutu Penjagaan Pesakit semasa pandemik Covid-19.



"Mengajar individu daripada bidang lain itu agak menarik dan mencabar khususnya dalam suasana klinik.



"Saya gembira dapat tahu kru kabin boleh menggunakan apa yang mereka pelajari daripada kami kepada tugas seharian mereka dalam penerbangan seperti mengenal pasti tanda vital atau kesan daripada isu perubatan," ujar Cik Sarena.



Daripada kru kabin itu pula, beliau mempelajari kemahiran seperti cara berkomunikasi secara profesional dengan pesakit.



Dalam menjalankan tugas sebagai jurulatih klinik, Cik Sarena kerap memberitahu pelatih jururawat bahawa bidang kejururawatan itu mencabar tetapi memuaskan.



"Saya sentiasa berkongsi dengan pelajar bahawa kejururawatan bukan sahaja mengenai penjagaan pesakit, bahkan melibatkan pemahaman tentang setiap rawatan dan mengemas kini pengetahuan kami mengenai amalan berdasarkan bukti.



"Dengan mempelajari cara berkomunikasi yang berkesan dengan pesakit dan penjaga mereka akan membantu kami memupuk hubungan baik dengan mereka dan meraih kepercayaan mereka.



"Kejururawatan melibatkan pembelajaran dan peningkatan kemahiran berterusan untuk kekal relevan demi menjaga pesakit kami sedang mereka beransur pulih," ujar ibu tiga anak itu.




"Saya sentiasa berkongsi dengan pelajar bahawa kejururawatan bukan sahaja mengenai penjagaan pesakit, bahkan melibatkan pemahaman tentang setiap rawatan dan mengemas kini pengetahuan kami mengenai amalan berdasarkan bukti."
- Jururawat Staf Kanan, Hospital Masyarakat Sengkang, Cik Sarena Rahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >